PIN POST

PERUBATAN JAWI

Oleh  Tn Hj Ismail b Ahmad, Pengasas Perubatan Jawi dan Spraylogi, 2 Jun 2020 Dicatat perkataan demi perkataan oleh Norashikin Hasan -------...

Ahad, 20 Oktober 2024

BUAH MERAH DARI PAPUA - PANDANUS CONOIDEUS

Khasiat Buah Merah

Buah merah terkenal kaya dengan nutrisi dan sebatian bioaktif yang dipercayai memberikan pelbagai manfaat kesihatan, seperti:

Antioksidan: Buah merah mengandungi antioksidan yang sangat tinggi, terutamanya beta-karotena, yang membantu melawan radikal bebas dan mengurangkan risiko penyakit kronik.

Asid Lemak Penting: Kaya dengan asid oleik dan asid linoleik, yang penting untuk menjaga kesihatan jantung serta mengurangkan tahap kolesterol.

Vitamin dan Mineral: Mengandungi vitamin C, vitamin E, serta pelbagai mineral seperti kalium dan zat besi, yang baik untuk kesihatan tubuh secara keseluruhan.

Antikanser: Beberapa kajian menunjukkan bahawa ekstrak buah merah mempunyai potensi sebagai agen antikanser, terutamanya dalam menghalang pertumbuhan sel-sel kanser.

Anti-radang: Buah merah juga dikaitkan dengan sifat anti-radang, yang dapat membantu mengurangkan risiko penyakit berkaitan keradangan seperti arthritis.


Penggunaan Moden

Pada masa kini, ekstrak buah merah banyak digunakan dalam suplemen kesihatan dan produk herba. Banyak kajian telah dilakukan untuk menilai potensi buah merah sebagai rawatan semula jadi untuk penyakit kronik seperti diabetes, penyakit jantung, dan kanser. Ekstrak minyak buah merah juga telah diolah menjadi suplemen dalam bentuk kapsul dan minyak esensial.

Potensi Penyelidikan

Kajian saintifik mengenai manfaat buah merah masih berada pada peringkat awal, tetapi hasil awal menunjukkan bahawa buah merah mempunyai kandungan fitokimia yang kaya dan potensi besar dalam bidang kesihatan, terutamanya dalam aspek antioksidan dan anti-radang. Penyelidikan lanjut terus dilakukan untuk memahami dengan lebih mendalam manfaat buah merah terhadap kesihatan manusia, termasuk penggunaannya dalam pencegahan dan rawatan penyakit serius.<center>


ASAM GELUGUR UNTUK KURUSKAN BADAN

KANGKUNG SEBAGAI PELAWAS

FAKTA MENARIK POHON ZAITUN

Jumaat, 6 September 2024

GANGGUAN MEDAN ELEKTROMAGNETIK TUBUH

Suatu hari seorang ibu datang berjumpa saya. Mengadu hal suaminya tidak dapat tidur selama tiga malam sejak bertukar shif kerja.

Saya bertanya, "suami ibu kerjanya bagaimana?"
Katanya, suaminya bekerja technician bangunan.
Si ibu ini sangat risau kerana dia percaya suaminya tidak boleh tidur mungkin kerana ada 'sesuatu' yang mengikutinya balik ke rumah sehingga tidak boleh tidur selama tiga malam berturut-turut. Suaminya menjadi panas baran dan meningkat naik tekanan darah kerana tidak tidur.
Si ibu meminta nasihat apakah ada air doa yang boleh dia gunakan untuk merawat masalah tidur suaminya.
Saya berikan seuncang tunas bunga mawar Turkiye dan sedikit garam bukit. Saya ajarkan cara penyediaan teh bunga mawar padanya:
1. Letakkan 7 hingga 9 kuntum tunas bunga mawar ke dalam segelas air panas mendidih
2. Tutupkan gelas tersebut beberapa minit
3. Setelah beberapa minit, masukkan 2 sudu makan madu lebah dan secubit kecil garam bukit.
4. Bacakan al Fatihah, kacau teh ini sehingga sebati.
5. Minum suam.
Kemudian, saya minta si ibu ini menyediakan air rendaman kaki untuk suaminya. Satu baldi air suam diletakkan dengan segenggam garam bukit. Kacau lawan arah jam. Siap untuk rendaman kaki.
Maknanya, selepas minum teh tunas mawar tadi, masukkan kedua-dua belah kaki hingga atas sedikit buku lali ke dalam air larutan garam. Sambil-sambil itu, tekan-tekan tapak kaki si suami itu dengan jari si ibu ketika tapak kaki suaminya masih lagi terendam di dalam air rendaman.
Begitu saya ajarkan.
Maka, pulanglah si ibu ini dan terus mengaplikasikan kaedah yang telah diajarkan.
Petang itu, si ibu tadi wasap saya dan beritahu sebaik sahaja minum teh tunas mawar, suaminya mula menguap. Kemudian ketika beberapa minit merendam kaki ke dalam air garam bukit, dia merasa mengantuk yang amat sangat. Belum sempat ditekan tapak kakinya. Dia minta untuk masuk tidur. Tidurnya lena sekali dari pagi hingga ke petang.
Tiga hari berikutnya saya bertanya, apakah malam sudah boleh tidur? Jawab si ibu tadi, alhamdulillah syukur sudah boleh tidur dengan lena sehingga hari ini tiada lagi gangguan tidur. Peristiwa ini sudah tiga tahun berlalu.
Begitulah, apabila terpadan penyakit dengan penawar, maka terawatlah penyakitnya. Ia bukanlah kerana gangguan 'sesuatu' yang mengikut balik ke rumah.
Sebenarnya ia adalah gangguan medan elektromagnetik pada otak. Dalam pengubatan herba, gangguan gelombang dan medan otak kita gunakan garam bukit.
Dalam pengubatan HPA, kita berikan salah satu atau dua daripada berikut
1. Wave - daripada sumber bunga mawar kawasan pergunungan yang sejuk. Dititis ke dalam kedua-dua belah mata agar ia terus sampai ke pusat saraf untuk memulihkan gelombang otak (MEM)
2. Garam bukit Himalaya
3. Kopi Radix Himalaya
4. E-Spray - daripada sumber garam gunung. Disemburkan di belakang telinga (tulang mastoid)
5. Deep C Spray - daripada sumber garam gunung berusia jutaan tahun, disemburkan di dalam air minuman
MaasyaAllah Subhanallah!
فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Maksudnya : Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)? (Surah Ar Rahman : 13)