Dunia perubatan herba Melayu pernah menjadi rujukan ahli perubatan dan para saintis dari bangsa asing dalam mencari penawar kepada racun. Bangsa asing mengambil ilmu tersebut lalu menjadi terkenal dengan ilmu racun dan penawar.
Bangsa Melayu sangat mahir dalam penyediaan ubat, racun dan penawar penyakit menggunakan herba.
Ribuan khazanah rimba tempatan menyimpan pelbagai ubatan yang paling mujarab, sangat ampuh dalam mengubati penyakit dan memberi kekuatan kepada tubuh badan bangsa Melayu
Hasil amalan herba itu menjadikan...
Lelaki Melayu yang sihat, tangkas, lincah, bijaksana, dan berani
Perempuan Melayu yang halus budi, lembut, subur, sopan dan bermaruah tinggi
Tetapi Melayu hari ini tidak mahir lagi ilmu pengubatan herba
Ilmu pengubatan herba menjadi suatu ilmu langka yang jarang dipelajari oleh orang dan dilupakan zaman
Akhirnya bangsa Melayu jatuh tersungkur dalam ketidaktahuan selamanya
Ketidaktahuan itulah yang menipunya
Sehingga herba watan terfitnah dan dipulau jauh dari dunia pengubatan hari ini
Sayang sekali...
Allah turunkan herba penawar untuk bangsa Melayu, tetapi hanya sedikit yang menyedarinya dan mengamalkannya
Alangkah ruginya bangsa Melayu jika ia tertinggal jauh dengan pengetahuan herba khazanah bangsa
Hari ini pengubatan herba Melayu tidak begitu mendapat tempat di mana-mana pusat pengajian tinggi
Sedangkan herba dan method pengubatan dari pelbagai bangsa asing berjaya menjadi silibus dalam jurusan perubatan di pusat pengajian tinggi dalam negara mereka sendiri
Bangsa asing lebih memahami herba tempatan kita berbanding kita sendiri mengetahuinya
Sekiranya mereka tahu khasiat herba-herba kita, nescaya mereka sanggup menukarkannya dengan ketulan-ketulan emas!
'Melayu' dalam perubatan sudah semakin terhakis di kalangan generasi hari ini kecuali bagi mereka yang mahu menekuninya
'Melayu' dalam bab kesihatan keluarga juga sudah semakin hilang
'Melayu' dalam seni alam perkahwinan suami isteri juga sudah hampir lenyap kerana pengaruh budaya dari bangsa asing
Orang Melayu terpadu dengan agama
Islam adalah cara hidup orang Melayu
Baik dalam hal perubatan dan kehidupan, kita mencontohi cara hidup penghulu segala Nabi dan Rasul iaitu Muhammad SAW
Baginda mengajar dan mewariskan kepada kita Al Quran dan Sunnahnya sebagai petunjuk
Pengubatan di alam Melayu yang suatu masa dahulu ialah berpengaruh daripada pengaruh agama bangsa lain
Yang mempunyai konsep 'semangat' atau roh orang mati
Mempercayai kekuatan makhluk hidup dan mati
Tidak berbicara kekuatan daripada Al Quran dan hadis Nabi
Datangnya Islam menyempurnakan keimanan
Pengubatan di alam Melayu menjadi sebuah pengubatan yang menegakkan aqidah dan menolak syirik
Kadangkala pengubatan di alam Melayu hari ini juga menjadi terfitnah apabila unsur syirik dan bidaah dicampur adukkan lalu diklaim sebagai perubatan Islam
Apabila keMelayuan itu semakin pudar, 'Melayu' dalam cara hidup juga akan hilang.
Berpegang teguhlah wahai anak bangsa Melayu
Genggam erat, jangan hilangkan 'Melayu' dalam diri kita
Melayu jangan hanya pada jasad, biarlah Melayu juga pada jati diri, cara hidup dan pegangan agama
Norashikin Hasan
23.10.2025