PIN POST

PERUBATAN JAWI

Oleh  Tn Hj Ismail b Ahmad, Pengasas Perubatan Jawi dan Spraylogi, 2 Jun 2020 Dicatat perkataan demi perkataan oleh Norashikin Hasan -------...

Jumaat, 8 Ogos 2025

TIMBUL GEGATA SELEPAS KELUAR DARI HUTAN

DI MANAKAH LETAKNYA KEKUATAN MADU TUALANG?

Lebah membawa manisan daripada bunga

Getaran sayap lebah menukarkan manisan bunga menjadi madu
Subhanallah!

Lebah kelulut (Trigona) tidak ada sengatan
Madunya masam manis yang kuat
Madu kelulut lebih tinggi kandungan propolis berbanding madu lebah biasa
Madu kelulut diiktiraf oleh kerajaan Malaysia sebagai superfood sejak 2017

Lebah Tualang (Apis Dorsata) adalah lebah madu terbesar di dunia
Apis dorsata atau lebah madu gergasi berasal dari Asia Selatan dan Asia Tenggara.
Ia tidak terdapat secara semula jadi di Eropah atau negara Arab, kerana habitatnya lebih sesuai dengan iklim tropika dan kawasan hutan hujan.

Lebah tualang biasanya membina sarang di pokok tinggi, tebing batu, dan bangunan di kawasan seperti Malaysia, Indonesia, India, Sri Lanka, Nepal, dan Filipina. 

Lebah tualang dikenali kerana tingkah laku agresif dalam mempertahankan sarang mereka dan tidak boleh diternak seperti lebah madu biasa.
Sengatannya lebih kuat berbanding lebah mellifera dan lebah cerana
Sengatan seekor lebah tualang boleh menyebabkan sesak nafas
Namun, penawarnya ada pada madu tualang itu sendiri

“Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah: “Buatlah sarang-sarang di bukit, di pohon-pohon kayu dan di tempat-tempat yang dibuat manusia. Kemudian makanlah dari setiap buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan untukmu." (Surah An Nahl : 68)

Kerana Allah telah memerintahkannya untuk membuat sarang di tempat tinggi
Setiap hari tanpa gagal, lebah tualang mengunjungi bunga untuk ambil manisan demi amanah menghasilkan penawar untuk manusia


Lebah Eropah (Apis Mellifera)


Mengapa madu tualang nama diberi? 
Kerana lebah ini dikatakan membuat sarang pada pokok tualang.

Pokok tualang adalah pokok hutan yang tertinggi yang terdapat di Malaysia dan Asia. Purata ketinggian 50 meter hingga 100 meter atau lebih kurang ketinggian 15 tingkat.

Mempunyai batang putih yang halus dan merupakan pokok yang dipilih lebah terbesar (Apis Dorsata) untuk membina sarang madu mereka.

Di Malaysia, madu Tualang biasanya dituai antara Mei hingga Julai. Ini adalah musim utama apabila lebah telah mengumpulkan nektar yang mencukupi dan madu mencapai tahap kematangan yang optimum.

Selain itu, di kawasan utara Malaysia seperti Hutan Ulu Muda, musim menuai boleh bermula lebih awal, sekitar Februari hingga April, apabila lebah madu gergasi tiba dari bahagian lain di Asia untuk membuat sarang di pokok-pokok kanopi hutan hujan.







Pencari madu tualang berada antara hidup dan mati ketika berada tinggi di atas pokok tualang. Bertarung nyawa utk mendapatkan madu

Ilmu dan kemahiran mencari pokok tualang, memanjat pokok tualang dan mengambil sarang lebah perlu dipelajari daripada generasi tua di kampung-kampung

Biasanya kemahiran ini diwarisi secara turun temurun oleh sesebuah keluarga

Jadi, dimanakah letaknya kekuatan madu tualang?
Jawapannya, di mana sarangnya dibina.
Iaitu pada pohon tualang yang tinggi
Selain itu, kekuatan madu tualang juga terletak pada nektar ribuan bunga yang diambil oleh lebah di dalam hutan, yang bebas daripada baja kimia dan racun kimia

Siapakah yang membajai bunga-bunga di hutan agar ia tetap tumbuh subur kalau bukan Allah telah menyiapkan baja alami untuknya

Kalau ada orang menjual madu tualang, jangan minta harga dikurangkan.
Kerana Allah yang tentukan harganya tinggi.

Lihat sahaja di mana ketinggian madu ini, sesuai dengan harganya juga yang tinggi.

MaasyaAllah!

Madu liar termahal dari hutan Malaysia 
Kajian oleh sekumpulan penyelidik Universiti Sains Malaysia (USM) mendapati madu tualang berkesan membantu masalah osteoporosis (tulang rapuh) dalam kalangan wanita yang putus haid, setanding dengan ubat moden. Timbalan Dekan (Bahagian Penyelidikan) Pusat Pengajian Sains Perubatan USM Prof Dr Rosline Hassan berkata penemuan itu hasil kajian sejak 2006 melibatkan sekumpulan wanita berusia 45 tahun dan ke atas. "Kami membuat satu perbandingan antara wanita yang diberikan madu tualang secara konsisten iaitu sebanyak 20 gram sehari selama empat bulan dengan wanita yang mengambil ubat moden. "Kajian mendapati madu tualang mempunyai kebaikan yang sama dengan ubat moden dari segi ketumpatan tulang," katanya kepada Bernama di luar Koloquium mengenai Kajian Produk Semulajadi dalam Kesihatan, di USM Kubang Kerian hari ini (26 Sep 2016).
Sumber info : https://berita.mediacorp.sg/.../kajian-madu-tualang...


Semoga anda gembira dengan perkongsian ini. 

Norashikin Hasan
Penulis siri Kuliah Herba Jawi