PIN POST

PERUBATAN JAWI

Oleh  Tn Hj Ismail b Ahmad, Pengasas Perubatan Jawi dan Spraylogi, 2 Jun 2020 Dicatat perkataan demi perkataan oleh Norashikin Hasan -------...

Rabu, 23 Julai 2025

KITA ADALAH APA YANG KITA MAKAN

Kita adalah apa yang kita makan. Makanan dan minuman akan mempengaruhi tubuh badan, rohani, cara berfikir, emosi

Ulama terdahulu sering berpesan agar kita berhati-hati dengan sumber makanan, cara penyediaan dan siapa yang menyediakan. Ulama sangat teliti dalam memastikan sumber makanan tidak syubhah. Mereka menghindari makanan yang diperoleh secara ragu atau melibatkan unsur haram.

Begitu juga dengan pengubatan. Ubat ubatan yang kita amalkan sangat kuat mempengaruhi tubuh badan, jiwa, akal dan emosi.

Ubatan herba adalah yang terbaik kerana diakhirnya ia memberi kesan kepada kecantikan kulit. Memberikan kecerdasan pada akal kerana otak diperkaya dengan oksigen. Memberikan ketenangan pada jiwa dan emosi kerana herba memulihkan hormon dan memberikan rasa tenang dan bahagia.

Salah satu sebab doa tidak mustajab ialah makan dan minum dari sumber yang haram atau syubhah.

Sa’ad bin Abi Waqqas pernah bertanya kepada Rasulullah SAW bagaimana menjadi orang yang mustajab doanya. Baginda menjawab: "Wahai Sa’ad, perbaikilah makananmu, nescaya engkau akan menjadi orang yang mustajab doanya." (Diriwayatkan oleh al-Tabarani dan al-Baihaqi, dinilai hasan oleh sebahagian ulama)


Foto 1 : Severe Constipation and Toxic Megacolon. Meskipun foto ini tidak berkaitan dengan cerita saya di atas, namun saya ingin tunjukkan contoh kolon tersumbat seorang remaja perempuan yang mengalami sembelit bertahun-tahun sehingga kesihatanya merosot, dan psikologinya terganggu akibat keracunan telah menyebar ke seluruh tubuh badan.
Sumber foto :




Foto 2 : Kolon tersumbat membawa kepada kanser kolon.

Pernah diagnose usus?
Pernah lihat keadaan usus sendiri?
Bagaimana nak tahu keadaan usus selain daripada X Ray, Barium enema dan MRI? Itu baru diagnosis, belum rawatan lagi. Bayangkan berapa agaknya kos diagnosis itu? Bagaimana pula dengan masa yang diperuntukkan untuk tunggu giliran, dan sebagainya.

Sebenarnya iridologi dapat memberikan jawapan yang tepat berkaitan usus. Menarik bukan.

Norashikin Hasan
Penulis siri Kuliah herba Jawi HPA

Selasa, 8 Julai 2025

ASIDOSIS, KANSER & HIPOKSIA


Orang yang ada kanser kebiasaannya bacaan SpO2 (saturasi oksigen) bawah pada 90%. Begitu juga bagi semua penyakit kronik yang lain.

Ini ialah oximeter.






Oximeter digunakan untuk cek tahap oksigen dalam darah kita. Kita boleh cek sendiri dengan alat ini.

Bacaan SpO2 (saturasi oksigen)
Normal 95%- 100%

Jika bawah pada 90% itu menunjukkan berlakunya hipoksemia. Perlu rawatan segera. Jika rendah, ia akan menghadapi masalah sukar bernafas (tak cukup nafas), peparu atau jantung.

Bacaan PR bpm (pulse rate beats per minute)
Normal dewasa 60-100 bpm

Semalam kita bincangkan hipoksia sebagai penanda aras bahawa tubuh badan seseorang itu berasid.

Asidosis menjadikan tubuh seseorang keradangan dan mengundang pelbagai penyakit. Jika anda dapat bacaan oksigen bawah pada 90%, lekas-lekas rawat diri.

Bagaimana cara paling cepat untuk bantu pertambahan oksigen dalam darah?
Jika oksigen kurang di bahagian otak, kita perlu menghantarnya dalam bentuk cecair yang mampu terus sampai ke otak. Salah satunya titisan Wave yang dititiskan ke dalam mata. Ia terus ke otak iaitu pusat saraf.

Jika dilihat sering kepenatan selepas bercakap, naik tangga, dan berjalan, ini perlu kepada herba berbentuk minyak dan semburan air herba. Herba berbentuk minyak dan semburan cecair herba di dalam mulut, muka, leher, tulang belakang membantu supply oksigen dalam darah kerana resapan terus melalui kulit. Ia cepat kerana tidak perlu melalui proses dalam pencernaan.

Lakukan bekam, minum jus hijau, minum air mineral, riadah ringan sehingga keluar peluh. Biiznillah.

Setelah 3 hari istiqamah, cek semula kadar oksigen dalam darah menggunakan alat ini (Oximeter) insyaallah bacaan oksigen meningkat naik ke paras normal. Subhanallah!

Herba hipoksia - CAS, ZZ4, Moringga, Qustus Hindi, Habbatus Sauda, HGH, Wave, BR, HB, Superbrain, Alkali Super, Tuju Angin, Spirulina, An Nafiz Spray.


Norashikin Hasan
Pensyarah Herbalis Perubatan JAWI HPA
Penulis siri Kuliah Herba JAWI








Jumaat, 4 Julai 2025

PENAWAR HIV

PENYAKIT KAUM SADUM

Penyakit kaum Sadum sedang berleluasa di tanah majoriti umat Islam hari ini. Kita tertanya-tanya apakah bencana yang bakal menimpa kita nanti?

Sebuah catatan dari kuliah almarhum Tuan Hj Ismail b Ahmad, beliau menyebutkan bahawa....

"Orang lelaki yang mendatangi seseorang (samada) wanita yang tidak halal (atau lelaki (sadum), boleh berlaku tekanan pada jantung kerana hidupnya tidak tenang. Ibarat seekor kucing yang sedang menikmati makanan. Ketika kucing itu makan, ia akan melihat sekeliling." Bagaimana manusia makan tidak kenyang, tidak tenang dan mata melilau melihat sekeliling?

Langit tanpa sempadan mencipta 1000 kerosakan yang tidak ada solusinya.
Kerosakkan pada akal dan jiwa manusia tidak kira usia
Dari anak kecil hingga dewasa

Anak sekolah bercerita kepada sang ibu bagaimana rakan sekelasnya mengajarkan cara untuk melakukan hubungan kaum sadum
Sang ibu istighfar, tepuk dada, tepuk dahi dan kembalikan segala kebergantungan kepada Allah
Sang ibu bercerita pula kepada sang ayah...
Termenung sejenak...
Terdiam...

Kemudian tertanya-tanya, apakah lingkungan anak sudah tidak selamat lagi
Anak generasi hari ini, apabila terlintas segala persoalan.... mereka akan mencari jawapan di dunia maya

Lalu terbentang luas segala jawapan di depan mata, kemudian ia melekat di dalam otak. Sukar sekali men'delete'nya

Tanpa didikan, tegahan, dan larangan anak-anak akan terus hanyut tanpa pengetahuan kita. 

Apabila mereka meningkat remaja, mereka teringin untuk mencuba hanya sekadar suka-suka demi merawat rasa tekanan dan duka.

Penting ilmu Tarbiyyatul Aulad, disamping pemakanan yang baik, itulah cara terbaik pencegahan yang boleh kita lakukan. Biarlah dikatakan kolot...

Anak-anak dapat membezakan batas baik dan buruk lalu mengelakkan agar cerita-cerita rafas berlegar-legar di kalangan rakan-rakannya

Namun, sifat dominan sesetengah rakan sekolah membuatkan anak kita berlepas diri dan menghidarinya, lalu menyendiri tiada rakan yang mahu mendekati

Semoga Allah pelihara kita, keluarga kita dan generasi kita.

Jangan lupa titiskan wave di dalam kedua-dua belah mata anak-anak. Agar otak mendapat cukup oksigen.

Jangan lupa spraykan Superbrain di dalam mulut, minuman dan wajah. Agar minda cerdas, fikiran jernih dan tingkahlaku yang baik.

Jangan lupa spraykan Anxiety Spray agar jiwa anak-anak lebih tenang menghadapi mehnah dan tribulasi zaman

Norashikin Hasan