PIN POST
PERUBATAN JAWI
Oleh Tn Hj Ismail b Ahmad, Pengasas Perubatan Jawi dan Spraylogi, 2 Jun 2020 Dicatat perkataan demi perkataan oleh Norashikin Hasan -------...
Sabtu, 7 September 2024
Jumaat, 6 September 2024
GANGGUAN MEDAN ELEKTROMAGNETIK TUBUH
Suatu hari seorang ibu datang berjumpa saya. Mengadu hal suaminya tidak dapat tidur selama tiga malam sejak bertukar shif kerja.
Saya bertanya, "suami ibu kerjanya bagaimana?"
Katanya, suaminya bekerja technician bangunan.
Si ibu ini sangat risau kerana dia percaya suaminya tidak boleh tidur mungkin kerana ada 'sesuatu' yang mengikutinya balik ke rumah sehingga tidak boleh tidur selama tiga malam berturut-turut. Suaminya menjadi panas baran dan meningkat naik tekanan darah kerana tidak tidur.
Si ibu meminta nasihat apakah ada air doa yang boleh dia gunakan untuk merawat masalah tidur suaminya.
Saya berikan seuncang tunas bunga mawar Turkiye dan sedikit garam bukit. Saya ajarkan cara penyediaan teh bunga mawar padanya:
1. Letakkan 7 hingga 9 kuntum tunas bunga mawar ke dalam segelas air panas mendidih
2. Tutupkan gelas tersebut beberapa minit
3. Setelah beberapa minit, masukkan 2 sudu makan madu lebah dan secubit kecil garam bukit.
4. Bacakan al Fatihah, kacau teh ini sehingga sebati.
5. Minum suam.
Kemudian, saya minta si ibu ini menyediakan air rendaman kaki untuk suaminya. Satu baldi air suam diletakkan dengan segenggam garam bukit. Kacau lawan arah jam. Siap untuk rendaman kaki.
Maknanya, selepas minum teh tunas mawar tadi, masukkan kedua-dua belah kaki hingga atas sedikit buku lali ke dalam air larutan garam. Sambil-sambil itu, tekan-tekan tapak kaki si suami itu dengan jari si ibu ketika tapak kaki suaminya masih lagi terendam di dalam air rendaman.
Begitu saya ajarkan.
Maka, pulanglah si ibu ini dan terus mengaplikasikan kaedah yang telah diajarkan.
Petang itu, si ibu tadi wasap saya dan beritahu sebaik sahaja minum teh tunas mawar, suaminya mula menguap. Kemudian ketika beberapa minit merendam kaki ke dalam air garam bukit, dia merasa mengantuk yang amat sangat. Belum sempat ditekan tapak kakinya. Dia minta untuk masuk tidur. Tidurnya lena sekali dari pagi hingga ke petang.
Tiga hari berikutnya saya bertanya, apakah malam sudah boleh tidur? Jawab si ibu tadi, alhamdulillah syukur sudah boleh tidur dengan lena sehingga hari ini tiada lagi gangguan tidur. Peristiwa ini sudah tiga tahun berlalu.
Begitulah, apabila terpadan penyakit dengan penawar, maka terawatlah penyakitnya. Ia bukanlah kerana gangguan 'sesuatu' yang mengikut balik ke rumah.
Sebenarnya ia adalah gangguan medan elektromagnetik pada otak. Dalam pengubatan herba, gangguan gelombang dan medan otak kita gunakan garam bukit.
Dalam pengubatan HPA, kita berikan salah satu atau dua daripada berikut
1. Wave - daripada sumber bunga mawar kawasan pergunungan yang sejuk. Dititis ke dalam kedua-dua belah mata agar ia terus sampai ke pusat saraf untuk memulihkan gelombang otak (MEM)
2. Garam bukit Himalaya
3. Kopi Radix Himalaya
4. E-Spray - daripada sumber garam gunung. Disemburkan di belakang telinga (tulang mastoid)
5. Deep C Spray - daripada sumber garam gunung berusia jutaan tahun, disemburkan di dalam air minuman
MaasyaAllah Subhanallah!
فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Langgan:
Ulasan (Atom)