Garam merupakan salah satu nutrisi penting bagi tubuh yang tidak dihasilkan sendiri oleh tubuh. Ia sangat berguna untuk menjalankan beberapa fungsi tubuh antaranya:
- mengatur tekanan darah
- mengatur transmisi signal sistem saraf
- membantu penghadaman
- membantu keseimbangan cairan dalam tubuh
Dalam perubatan Melayu, garam biasa digunakan untuk bertungku. Caranya ialah dengan mencampurkan garam kasar ke dalam ramuan herba tungku. Ia juga amat baik bagi mereka yang mengalami gangguan pada saraf.
Garam adalah untuk penjanaan tenaga hidroelektrik di dalam sel. Ia sangat diperlukan untuk mengelakkan kekejangan otot. Tahukah anda bahawa seseorang yang kerap mengeluarkan air liur basi menandakan kekurangan garam?
Garam juga sangat berkesan untuk pembinaan struktur tulang dan 27% daripada keseluruhan garam tubuh berada di dalam tulang.
Bukan sahaja masakan, ia juga sering menjadi medium untuk rawatan kesihatan seisi keluarga.
Sesekali makan epal hijau..saya tabur garam bukit. Maasyaallah sedap sungguh!
Minuman pada waktu sarapan. Air koko saya letak secubit ke 2 cubit garam bukit. Tak masin tau, tapi rasa lemak-lemak. Emmmm... tasty!
Garam Merah Himalaya (Pink Himalayan Salt), warnanya agak kemerah-merahan didapati dari kaki gunung Himalaya. Lagi merah atau hitam ertinya ia adalah garam usang yang sangat bagus mineralnya. Ia adalah garam daripada bukit, bukanlah garam daripada laut. Ia tidak ada kontiminasi dan kaya dengan iron, potassium, magnesium dan 16% mineral surih. Garam ini mengandungi sodium chloride sebanyak 84%
Tubuh badan manusia memerlukan mineral yang cukup. Oleh itu Allah menyediakan kecukupan mineral di dalam garam asli (garam bukit/gunung) yang memiliki 84 mineral. Garam bukit ada pelbagai warna daripada pink, merah, dan hitam. Ia ada kandungan magnesium yang sangat diperlukan oleh tubuh badan.
Dalam pengubatan herba garam digunakan untuk mengeluarkan racun di dalam tubuh badan. Paling minima, rendam buah-buah dan sayur-sayuran di dalam air garam. Tidak perlu lama, hanya lima minit untuk menghilangkan keracunan. InsyaAllah.
Jika racun terdapat di dalam tubuh badan, maka haruslah minum minuman yang diletakkan sedikit garam di dalamnya. Misalnya jika membuat minuman jus, letakkan sedikit garam. Jika ingin minum air mineral, letakkan sedikit garam. Tidak perlu sampai ada rasa masin, tujuannya adalah untuk mendapatkan mineral daripada garam bukit itu sahaja.
Khasiatnya ialah
- mehilangkan racun (detoksifikasi)
- menurunkan kepanasan di dalam tubuh badan (deuretik)
Saya kongsikan di sini manfaat mineral garam bukit :
+ mestabilkan tekanan dan pH darah
+ meleraikan gumpalan sel darah seterusnya melancarkan peredaran darah
+ meningkatkan kadar oksigen dalam darah
+ membantu pembinaan sel baru
+ menghapuskan radikal bebas penyebab kanser
+ memudahkan pergerakan otot-otot usus
+ melancarkan sistem metabolik badan
+ membantu penyerapan vitamin dengan lebih berkesan
+ membantu struktur tulang
+ memusnahkan asid urik (gout, batu karang, batu hempedu)
+ mengurangkan ketagihan makanan dan minuman manis
+ sesuai untuk ibu-ibu hamil bagi tumbesaran bayi yang sihat
+ menstabilkan degupan jantung yang tidak sekata
+ membantu menstabilkan paras gula dalam darah
Jom kita menukar guna garam asli untuk semua menu harian kita. InsyaAllah banyak khasiatnya untuk kesihatan kita.
![]() |
| Contoh garam bukit kasar, sesuai digunakan untuk mandian dan rendaman kaki |
Garam bukit berwarna pink. Baik untuk kegunaan harian kerana ia tidak tercemar. Kandungan sodiumnya juga tidak tinggi.
Pengambilan secubit garam secara konsisten setiap awal pagi sangat bermanfaat kepada tubuh. Ini kerana garam adalah kristal yang mencetuskan tenaga kepada setiap saraf kita.
Subhanallah!
Jom kita menukar guna garam asli untuk semua menu harian kita. InsyaAllah banyak khasiatnya untuk kesihatan kita.
Semoga anda gembira dengan perkongsian ini. Sekirannya anda ada sebarang soalan berkaitan produk HPA dan rawatan dengannya, anda boleh hubungi saya di link ini www.wasap.my/60135806760
Norashikin Hasan
Herbalis Asean - HPA Internasional












