Bismillahirrahmanirrahim,
Alfatihah buat almarhum ayahanda Hasan B. Baba (Jun 1956 -April 2016)
4 April 2016 lalu ayah saya telah pergi menghadapNya. Kisah Tentang Ayah telah saya coretkan sebelum ini. Artikel tersebut boleh di baca di sini. Advance Renal Cell Carcinoma. Itulah penyebab pemergian ayah selama-lamanya. Setelah pemergian ayah rupanya banyak perkara yang perlu difikirkan. Waris ayah ada lapan orang semuanya. Lima perempuan dan tiga lelaki. Mujur semua adik beradik mudah faham walaupun tidak dapat duduk semeja untuk berbincang tentang urusan harta pesaka ini.
Dengan aplikasi WhatsApp, mudah bagi saya maklumkan kepada adik beradik tentang urusan ini. Mudah juga bagi kami adik beradik berdiskusi tentangnya. Almarhum ayah tidaklah memiliki harta yang banyak. Cuma sebagai waris, kami adik beradik terfikir-fikir secara terperinci... adakah arwah memiliki hutang di mana-mana, hutang apa sahaja. Hutang di dunia dan hutang dengan Allah. Barangkali ada yang tertinggal. Kakak saya begitu memandang serius perkara ini, begitu juga saya. Sehingga termasuk dalam tidur dibuatnya! Allahu...
Baiklah, maklumat yang dikongsikan di bawah ini adalah sedikit ilmu buat kita semua sebagai panduan untuk kita amalkan. InsyaAllah.

HUTANG SI MATI DI DUNIA YANG WAJIB DISELESAIKAN OLEH WARISNYA
1. Pinjaman perumahan
2. Pinjaman peribadi
3. Pinjaman kereta
4. Kad kredit
5. Hutang sesama manusia
HUTANG SI MATI DENGAN ALLAH YANG WAJIB DISELESAIKAN OLEH WARISNYA
1. Haji - sekiranya waris tidak mencukupi syarat mampu (wang/kesihatan/masa/tenaga), waris si mati hendaklah membuat upah haji hasil daripada harta si mati. Upah haji atau badal haji adalah 'menggantikan orang lain dalam melaksanakan ibadah haji kerana adanya halangan tertentu seperti penyakit ,usia tua (uzur) atau kematian bagi melaksanakan rukun Islam yang kelima itu.
2. Puasa - waris wajib membayar fidyah puasa si mati. Cara kira fidyah boleh rujuk melalui kalkulator fidyah negeri masing-masing di laman web PPZ, atau terus ke kaunter PPZ untuk mengetahui jumlah yang perlu dibayar. Fidyah dibayar mengikut kadar harga semasa makanan asasi contohnya beras.
MENGAGIHKAN HARTA KEPADA AHLI WARIS YANG BERHAK

Ada empat hak berkaitan orang mati yang harus diuruskan segera:
1. Urusan pengkebumian
2. Melunaskan hutang
3. Melaksanakan wasiat (bertulis) berkenaan harta (sekiranya ada)
4. Mengagihkan harta kepada waris yang berhak sahaja
Setelah dibayar urusan pengkebumian, urusan dokumentasi, dan hutang si mati, barulah baki wang daripada harta yang ditinggalkan si mati diagih-agihkan kepada waris yang berhak. Contohnya si mati ada sebidang tanah dan sebuah rumah. Hendaklah diketahui nilai semasa harta tersebut kemudian dijual untuk mendapatkan wang bagi membayar urusan pengkebumian, urusan dokumentasi, dan hutang-hutang si mati. Pengagihan ini dilakukan secara faraid atau muafakat ahli waris. Jika agih ikut faraid, ada kiraan tertentu di mana waris perempuan dan waris lelaki mendapat sejumlah wang yang ditentukan mengikut hukum syarak. Jika agih secara muafakat, ia bergantung kepada persetujuan waris-waris banyak mana harus mereka dapat. Dengan syarat, semua ahli waris setuju dengan agihan secara muafakat itu. Pengagihan secara faraid atau muafakat ini akan melalui bicara kuasa dimana semua waris akan dipanggil oleh pegawai kuasa di mahkamah.
Sudah menjadi tanggungjawab waris untuk menguruskan hal ini kerana ia termaktub dalam syariat Islam. Berdosa hukumnya sekiranya ia tidak ditadbir urus sesegera yang mungkin dan dibiarkan tanpa pembahagian hak-hak kepada waris yang ditinggalkan oleh si mati berlandaskan hukum faraid. Apa itu hukum faraid? Boleh cari melalui enjin carian Encik Google. Berderet-deret penerangan tentang hukum faraid yang menurut ulama sebagai ilmu yang dilupakan atau ditarik dari ummat! Allahurobbi...
Ok, ramai yang tersangkut bila tiba bab atau hal pengurusan harta sejurus sahaja kematian ahli keluarganya. Jadi saya ingin berkongsi maklumat tentang cara menguruskan harta pesaka. Ia sangat membantu dan mudah sekiranya anda mengambil panduan cara berikut STEP BY STEP. Saya belajar ilmu ini daripada seorang Perunding Professional Mawarith yang dahulunya, beliau adalah naqibah (ketua usrah) saya.
DOKUMEN YANG HARUS DI BUAT TERLEBIH DAHULU IALAH:
1. Sijil Kematian
- Ini adalah dokumen bukti kematian yang diperlukan untuk urusan harta pesaka, wang di akaun bank, tabung haji, BRIM, KWSP, pinjaman peribadi, pinjaman perumahan, khairat kematian, unit trust, insuran nyawa dan sebagainya (sekiranya ada).
Nota : untuk khairat kematian bagi penerima BRIM, wang khairat hendaklah dituntut oleh waris di pejabat LHDN.
STEP BY STEP PENGURUSAN HARTA PESAKA (DI BAWAH 2 JUTA)
1. Download dan print borang A dari PORTAL RASMI JKPTG seperti di bawah. Isikan borang dengan lengkap. Perlu buat carian rasmi utk geran rumah di pejabat tanah di mana rumah itu berada. Pejabat tanah akan kenakan sedikit caj untuk carian rasmi tersebut.
2. Bila borang sudah complete. Submit ke pejabat pesaka kecil. Pejabat ini biasanya ada di pejabat daerah.
3. Lebih kurang 4-5 bulan, pejabat pesaka kecil akan keluarkan surat untuk hadir bicara kuasa. Semua waris perlu hadir. Bagi yang tidak dapat hadir isi siap-siap borang DDA. Borang itu perlu mendapat pengesahan dari pesuruhjaya sumpah. Boleh juga mendapatkan pengesahan daripada mana-mana peguam namun harus diingat, bukan semua peguam boleh mengesahkannya.
4. Sebelum masuk bicara kuasa, bincang siap-siap dengan waris-waris bagaimana untuk membahagikan harta tersebut. Perlu difahamkan dulu pembahagian mengikut faraid. Bila semua dah faham, jika nak beri secara muafakat sangat-sangat digalakkan.
5. Jadi bila dah sepakat, semasa bicara kuasa nanti tiada perselisihan faham, tiada rasa tidak puas hati, maka tak perlu lama-lama bicara kuasa.
6. Jika tidak sepakat dah bertelagah sesama waris dalam bicara kuasa. Pegawai kuasa akan minta balik bincang semula. Mereka akan panggil semula dalam 4-5 bulan pula. Jadi, mahu tidak mahu harus ikut giliran dipanggil semula.
7. Pastikan semasa isi borang A tiada harta yg tertinggal. Jika tertinggal, harus isi semula borang lain dan akan di panggil bicara kuasa di masa lain pula.
8. Harus diingat, selesaikan dahulu segala hutang arwah sama ada dengan manusia dan apalagi jika dengan Allah. Cth sekiranya belum buat haji lagi buatkan haji untuk arwah, fidyah puasa, zakat dll. Baki dari semua itu barulah dibahagi ikut faraid atau muafakat.
9. Untuk kefahaman lebih jelas, boleh rujuk berkenaan cara urus pusaka ini di Portal Rasmi JKPTG.
10. Fahamkan dahulu.. Kemudian baru buat tindakan yang terbaik.
Nota: Sebaiknya selesaikan segera untuk elak kes pusaka berlapis-lapis sehingga ke anak cucu cicit.. Kita tidak tahu bila kita pula akan dijemput olehNya. Bila tidak diuruskan segera, bimbang akan ada yg terguna, termakan, duduk atau tinggal di atas harta yang batil.
Jika memilih buat di pejabat pusaka kecil, pegawai pusaka di situ sudah sememangnya expert dengan faraid.
Tujuan faham pembahagian faraid ini supaya tidak akan ada yang tidak puas hati di kemudian hari.. Semuanya redha.
Wallahualam... yang baik itu daripada Allah, yang kurang itu daripada kelemahan diri saya sendiri. Sekiranya bermanfaat bagi anda, bolehlah diperpanjangkan artikel ini untuk manfaat ummat.
Antara buku yang boleh dirujuk ialah seperti berikut:

![]() |
| Klik sini untuk info buku |
![]() |
| Klik sini untuk info buku |

Tiada ulasan:
Catat Ulasan