Hari pertama baby Humairah lahir ke dunia ^_^ |
Stok susu yang sudah tidak muat disimpan dalam peti ais |
Selepas dipam, penting untuk dituliskan waktu dan tarikh pam. |
Bahagia di hati apabila ada anak-anak yang mendapat manfaat daripadanya. |
Islam menganjurkan kita untuk mencari ibu susuan. Jika betul-betul tak dapat ibu susuan kerana hal-hal tertentu barulah diikuti dengan memberi susu selain dari itu. Di zaman moden ini ramai yang kurang tahu tentang hal ini. Malah ada yang terkejut,
"eh, boleh ke bagi anak minum susu orang lain?",
"saya lebih rela bagi susu tepung daripada bagi minum susu orang lain".
Hmmm... insyaAllah bila kita tambah ilmu pengetahuan, kita pasti akan berkata begini,
"kat mana boleh saya dapatkan ibu susuan?",
"saya nak sangat anak saya membesar dengan susu ciptaan Allah".
Allahurobbi hebatnya individu seperti itu kan... mencari yang terbaik untuk bayi-bayi mereka.
Sebagai ibubapa, hendaklah sentiasa timba ilmu untuk menambah pengetahuan demi mengasuh, mendidik, dan membesarkan cahaya mata mengikut acuan yang paling diredhaiNya. Mencari ibu susuan itu termasuk perkara sunnah dan sangat dianjurkan dalam Islam.
Saya pernah alami stress teruk akibat tekanan kerja yang akhirnya menjejaskan penghasilan susu badan. Kerja bank, tiada ruang dan peluang untuk mencari ibu susuan. Pilihan terakhir yang harus saya buat ialah susu tepung. Aduhai... rasa rugi sekali tidak mendapat ibu susuan untuk si lincah Ammar. Maafkan umi Ammar, mungkin Allah tahu yang terbaik untuk Ammar, umi, dan ayah pada waktu itu, InsyaAllah..
Alhamdulillah, anak kedua, setelah saya menjadi surirumah sepenuh masa, tidak lagi seperti anak pertama yang terpaksa minum susu tepung. Syukur. Jika dulu saya dalam dilema mencari ibu susuan tetapi tidak ditemui, kini saya pula yang menjadi ibu susuan memandangkan pengalaman lalu telah banyak mengajar saya untuk berbagi rezeki milik Allah ini.
Baby Humairah lahir ke dunia, sudah mula belajar berkongsi. Berkongsi susu yang juga makanannya dengan bayi-bayi lain yang memerlukan susu ibu. Dengan keizinan dan sokongan dari suami maka susu yang memenuhi ruang sejuk beku peti ais kami diwar-warkan untuk dimanfaatkan oleh bayi yang memerlukan. Suami berasa bimbang sekiranya ia melebihi 6 bulan dan luput. Alangkah ruginya jika tidak berbagi kebaikkan ini katanya.
Baby Humairah telah ada tiga orang adik beradik susuan dari ibu-ibu yang hebat.
- Qiu Darwisy bin Nornaqiuddin Raimi anak kepada puan Aniesa Anwar (anak buah suami saya).
- Ilyas Imdad bin Muhammad Rizal anak kepada pasangan suami isteri puan Nafisah dan En Rizal. Puan Nafisah adalah adalah seorang guru KAFA dan kami pernah berjiran selama setahun lebih, kemudia mereka berpindah rumah.
- Wan Ahmad Aqlan b Wan Khairuddin anak kepada Puan Wan Azizah, seorang pensyarah politeknik berdekatan dengan tempat kami tinggal.
- Muhammad Luthfi Hans anak angkat kepada adik perempuan saya.
Dua orang daripada mereka mendapatkan manfaat susu ibu ketika usia di bawah dua tahun, manakala dua orang lagi sudah lebih dua tahun. Dalam syarak, anak susuan ialah bawah dari dua tahun, tetapi seerah menceritakan kepada kita bahawa ada seorang anak angkat yang sudah remaja diberikan susu ibu angkatnya yang diminum melalui bekas air, tidak terus kepada badan ibu angkat.
Anak kecil melebihi usia dua tahun, ia bukan anak susuan tetapi sekadar untuk menyelesaikan masalah aurat di kalangan ahli keluarga. Contoh jika adik beradik kita ambil anak angkat lelaki. Umur anak angkat 3 tahun. Bimbang bila remaja tidak selesai masalah aurat. Jadi, cara bagi susu bukanlah direct dengan badan ibu susuan. Boleh diberi dalam botol.
Seerah Nabi SAW menceritakan kepada kita. Pernah ada seorang ibu bernama Sahlah binti Suhail datang jumpa Rasulullah SAW kerana risau tentang anak angkatnya Salim yang semakin remaja. Nabi SAW memberikan jalan penyelesaian agar diperah susunya kemudian diberi anak angkatnya minum di dalam bekas. Ibu itu sayang anak angkatnya sudah seperti anaknya sendiri kerana dijaga dari kecil.
Seerah Nabi SAW menceritakan kepada kita. Pernah ada seorang ibu bernama Sahlah binti Suhail datang jumpa Rasulullah SAW kerana risau tentang anak angkatnya Salim yang semakin remaja. Nabi SAW memberikan jalan penyelesaian agar diperah susunya kemudian diberi anak angkatnya minum di dalam bekas. Ibu itu sayang anak angkatnya sudah seperti anaknya sendiri kerana dijaga dari kecil.
Seerah ini adalah solusi kepada umat Islam yang mengambil anak angkat yang sudah lebih usia 2 tahun. Dalam kes adik saya, beliau mengambil anak angkat lelaki sejak bayi lagi. Untuk masa akan datang masalah aurat dan mahram akan timbul jika anak angkat itu menginjak dewasa tetapi harus bersama seisi keluarga, sepupu sepapat dan sebagainya.
Adik saya ambil anak angkat tidak tepat timing dengan kelahiran Ammar anak pertama saya. Masa tu Ammar dah umur 2 tahun. Susu badan saya habis. Bila bersalin Humairah baru saya ada susu balik. Anak angkat adik saya dah 4 tahun. Saya ada stok susu. Saya minta adik saya bagi dalam botol susu anak angkat dia tu. Alhamdulillah selesai satu perjuangan. Saya pun risau juga bab aurat ni, sebab bila berkumpul di rumah mak mestilah kita adik beradik akan buka tudung, pakai t-shirt.
Maka konsep ibu susuan menjadi solusi. Sewaktu itu Luthfi umurnya 4 tahun dan masih menyusu botol. Ketika waktu malam, Luthfi akan tidur dengan botol susu, waktu itulah susu badan saya diminum olehnya melalui botol susu. Kuantiti susu yang diberikan ialah sehingga 5 kali kenyang. Jika 1 malam 1 botol boleh membuatkan Luthfi tertidur, maka saya bekalkan lebih kurang 10 pack susu yang telah saya pam. Lebih tak mengapa. Alhamdulillah selesai satu perjuangan. Lega rasa di hati.
Que Darwisy pula anak pertama kepada puan Aniesa. Kerana kurang pengalaman dan sedikit gangguan kesihatan, beliau tidak miliki susu badan, dan Darwisy minum susu formula. Ibunya memaklumkan mengalami sedikit masalah eczema kalau tak silap saya. Isu kesihatan ini sangat dititikberatkan oleh ibunya. Beliau cuba ikhtiar untuk mendapatkan manfaat susu ibu untuk anaknya meskipun sedikit tetapi ia berpuas hati untuk membina gizi anaknya. Alhamdulillah selesai perkara tersebut dan mereka sekeluarga happy.
1. Kerana nasab; iaitu hubungan keturunan dan kekeluargaan.
2. Kerana perkahwinan; iaitu hubungan antara suami dan isteri.
3. Kerana wala'; iaitu hubungan antara hamba dan bekas tuannya.
2. Kerana perkahwinan; iaitu hubungan antara suami dan isteri.
3. Kerana wala'; iaitu hubungan antara hamba dan bekas tuannya.
Terima kasih tak terhingga diucapkan buat puan Zakiah Aksah dan suaminya kerana sudi menghantarkan stok susu jauh ke Kota Kemuning untuk menyampaikan hasrat murni ini. Mereka berbesar hati datang sendiri ke rumah kami untuk mengambil stok susu yang masih beku di dalam peti sejuk, kemudian volunteer menghantarkannya kepada puan Aniesa. Kebetulan mereka juga ada urusan di sebelah sana. Saya mengenali puan Zakiah melalui group WhatsApp Rawatan Sunnah dan Herba. Dari grup itu saya cuba iklankan, kebetulan dalam grup yang sama ada puan Aniesa. Ramai yang memerlukan susu itu tetapi sudah tentu saya akan memberikannya kepada ahli keluarga terdekat kerana saling mengenali.
Minyak Habbatussauda dan minyak kelapa dara juga antara makanan yang boleh memeriahkan jumlah susu ibu. InsyaAllah.
Tahniah buat ibubapa yang menyedari kebaikkan dan keutamaan susu ibu berbanding susu formula. Teruskan menimba ilmu keibubapaan demi menghasilkan anak-anak yang cemerlang dunia akhirat. InsyaAllah.
Semoga semua adik beradik susuan Nurhamizah Humairah@Husna binti Zulkifli sentiasa dirahmati dan dilindungi oleh Allah. Amin ya Rabbal Alamin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan