Khamis, 20 Ogos 2015

BABY HUMAIRAH BERKONGSI KEBAIKAN SUSU IBU


Hari pertama baby Humairah lahir ke dunia ^_^



Islam menganjurkan kita untuk mencari ibu susuan. Jika betul-betul tak dapat ibu susuan kerana hal-hal tertentu barulah diikuti dengan memberi susu selain dari itu. Di zaman moden ini ramai yang kurang tahu tentang hal ini. Malah ada yang terkejut, "eh, boleh ke bagi anak minum susu orang lain?", "saya lebih rela bagi susu tepung daripada bagi minum susu orang lain". Hmmm... insyaAllah bila kita tambah ilmu pengetahuan, kita pasti akan berkata begini, "kat mana boleh saya dapatkan ibu susuan?", "saya nak sangat anak saya membesar dgn susu ciptaan Allah". Allahurobbi hebatnya individu seperti itu kan... mencari yang terbaik untuk bayi2 mereka. :-) Sebagai ibubapa, hendaklah sentiasa timba ilmu untuk menambah pengetahuan demi mengasuh, mendidik, dan membesarkan cahayamata mengikut acuan yang paling diredhaiNya.

Saya pernah alami stress teruk akibat tekanan kerja yang akhirnya menjejaskan penghasilan susu badan. Kerja bank, tiada ruang dan peluang untuk mencari ibu susuan. Pilihan terakhir yang harus saya buat ialah susu tepung. Aduhai... rasa rugi sekali tidak mendapat ibu susuan untuk si lincah Ammar. Maafkan umi Ammar, mungkin Allah tahu yang terbaik untuk Ammar, umi, dan ayah pada waktu itu, InsyaAllah..

Alhamdulillah, anak kedua, setelah saya menjadi surirumah sepenuh masa, tidak lagi seperti anak pertama yang terpaksa minum susu tepung. Syukur. Jika dulu saya dalam dilema mencari ibu susuan tetapi tidak ditemui, kini saya pula yang menjadi ibu susuan memandangkan pengalaman lalu telah banyak mengajar saya untuk berbagi rezeki milik Allah ini. Baby Humairah lahir ke dunia, sudah mula belajar berkongsi. Berkongsi susu yang juga makanannya dengan bayi-bayi lain yang memerlukan susu ibu. Dengan keizinan dan sokongan suami Zulkifli Haron maka susu yang memenuhi ruang sejuk beku peti ais kami diwar-warkan untuk dimanfaatkan oleh bayi yang memerlukan. Suami berasa bimbang sekiranya ia melebihi 6 bulan dan luput. Alangkah ruginya jika tidak berbagi kebaikkan ini katanya.

Baby Humairah telah ada dua orang adik beradik susuannya dari ibu-ibu yang hebat iaitu puan Aniesa Anwar (anak buah suami saya) dan puan Nafisah Nur Kasih Nur Kasih(seorang guru agama dan kami pernah berjiran bersebelahan selama setahun lebih).

Terima kasih tak terhingga diucapkan buat Kak Zakiah Aksah dan suami Sheikh Mohd Faizal kerana sudi menghantarkan stok susu jauh ke kota kemuning untuk menyampaikan hasrat murni ini. Mereka berbesar hati datang sendiri ke rumah saya dan suami untuk mengambil stok susu yang masih beku di dalam peti sejuk, kemudian volunteer menghantarkannya kepada puan Aniesa. Saya mengenali kak Zakiah melalui group WhatsApp Rawatan Sunnah dan Herba. Banyak ilmu kesihatan yang bermanfaat saya belajar dan timba daripada group itu.

Tahniah buat ibubapa yang menyedari kebaikkan dan keutamaan susu ibu berbanding susu formula. Teruskan menimba ilmu keibubapaan demi menghasilkan anak-anak yang cemerlang dunia akhirat. InsyaAllah.

Nota:
Adik beradik susuan Baby Humairah ialah Qiu Darwisy bin Nornaqiuddin Raimi yang ibunya puan Aniesa, dan Ilyas Imdad bin Muhammad Rizal yang ibunya puan Nafisah. :-) Semoga Allah sentiasa melindungi dan merahmati mereka. Amin.

Jom martabatkan program ibu susuan!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...