Khamis, 23 Julai 2015

BENTAN : SUATU PENGALAMAN YANG SUNGGUH PERIT


Gambar ihsan dari Google

Kisah Saya: Terkena BENTAN Selepas Bersalin. Kesakitan Yang Tidak Dapat Digambarkan Dengan Kata-Kata..

Hari ini telah 35 hari usia baby Humairah, dan 35 hari juga saya telah lalui pantang ibu bersalin. Fiuhhh!!!! Sembilan hari sahaja lagi untuk saya akhirinya. Namun bukan semudah A.B.C. Meskipun habis berpantang, ada juga perkara yang masih perlu diteruskan amalannya.

Memang sukar bagi saya untuk lalui keadaan seperti ini (berpantang) kerana banyak perkara yang tak boleh dipandang enteng. Terutama sekali bab makan dan minum yang betul-betul harus dijaga. Memang leceh. Cuma bila difikirkan semula, sebenarnya ia adalah untuk kebaikkan jangka masa panjang. Allah kasihkan kaum HAWA yang berpenat lelah mengharungi perit getir melahirkan zuriat. Antara hidup dan mati. Jadi Allah berikan tempoh untuk mereka rehat ketika dalam tempoh berpantang melaui cara keluarnya darah nifas, badan yang lesu dan lemah, wajah yang pucat dan sembab, serta mudah letih. Ia adalah untuk memastikan para ibu mendapat rehat yang secukupnya demi kesihatan total tubuh badan itu sendiri. Para suami yang sangat memahami dan banyak membantu ketika ini adalah salah satu perkara yang sangat istimewa buat para isteri.


Pengalaman Saya Terkena Bentan

Apa yang saya ingin cerita di sini ialah pengalaman saya mengalami BENTAN selepas bersalin. Allah! Memang menyakitkan seolah-olah rasa ingin melayang sahaja tubuh badan ini. Semua rasa kesakitan datang 'hinggap' pada tubuh badan. Apa yang mampu saya lakukan hanyalah menangis, mengeluh, dan mengadu pada suami akan kesakitan yang saya rasai. Sekali sekala bibir terkumat kamit dengan zikrullah kerana itu sahaja yang mampu dilakukan ketika sakit yang teramat sangat. Allah! Dengan bayi yang harus disusukan, dengan anak sulung yang harus dilayan kerenahnya, saat itu datangnya ujian kesakitan.

Saya mengadu pada suami sambil menangis teresak-esak, "abang, umi rasa seperti nyawa di hujung tanduk. Tak mampu nak menahan rasa sakit ni".

Saya beritahu emak saya apa yang saya alami melalui telefon, emak saya kata "ya Allah! ehhhhh!!!! macam mana boleh jadi macam tu kin, jangan dibuat main-main bentan ni, turun darah nanti. Kin, jagalah diri sungguh-sungguh, Mak tak sampai hati tengok kin sakit-sakit. Mak tengok kin, macam mak pulak yang rasa sakit".

Mungkin ada di kalangan kita yang akan berkata begini....

● "itulah, lain kali kena jaga pemakanan bila dalam pantang. Jangan ambil mudah"

● "bentan ni sebab angin, tak jaga makan, banyak bergerak. Sepatutnya dah tahu berpantang kenalah jaga diri elok-elok. Pakai stokin, ikat rambut ketat-ketat, elak makan makanan bersifat sejuk terutama sayur menjalar"

● "awak berpantang sendiri, tu yang susah. Kenapa awak tak minta mak awak jaga masa dalam pantang. Sekurang-kurangnya boleh tengok-tengokkan awak dengan baby. So, takde lah jadi bentan"

● "dik, badan kita orang perempuan ni nak pakai lama, kena lah pandai jaga badan dik. Kalau muda-muda macam ni dah sakit-sakit badan, macam mana orang laki tak cari lain?"

● "takkan tak ambil apa-apa jamu kot lepas bersalin. Patutnya ambil awal. Kan jamu tu untuk elak angin dan bentan urat semua tu. Nak berpantang ni pun kena ada ilmu. Jangan ambil mudah. Dah sakit baru menyesal memang tak boleh buat apa lah!"

Dan macam-macam lagi pandangan dan respon. Menurut saya, bentan boleh berlaku pada bila-bila masa dan kepada sesiapa sahaja. Walaupun ibu-ibu dalam pantang menjaga dengan ketat dari segi makanan dan gaya hidup. Takdir Allah jika nak kena, kena juga. Ada ibu-ibu yang kurang menjaga pemakanan dan gaya hidup ketika dalam pantang, redah sahaja makanan kerana teringin, belum habis pantang 40 hari sudah keluar bershopping. Tapi, takdir Allah mereka belum nak kena bentan! Sihat pula mereka.

Semasa berpantang bersalinkan anak sulung, tidak pula saya rasa sakit begini, padahal makan redah sahaja. Anak kedua, betul-betul saya jaga makan dan gaya hidup tetapi ditakdirkan saya diserang sakit bentan. Bila berfikir semula, syukur kepada Allah kerana dengan sakit yang diberikanNya, saya betul-betul rasa dekat sangat denganNya. Allahu... menitis air mata mengenangkannya.

Simptom Bentan Yang Saya Alami

Apa yang saya alami dan rasai ialah suatu yang tidak terungkap kesakitannya kerana ia datang serentak. Antaranya ialah:
  • sengal-sengal sendi dan otot
  • seram sejuk sehingga menggigil
  • sakit urat
  • sakit otot
  • sakit kepala berdenyut-denyut seperti diketuk-ketuk dari dalam
  • tapak kaki dan dada seperti dicucuk-cucuk dengan jarum
  • wajah yang pucat dan mata sembab seperti bengkak (eyebag)
  • rasa pitam dan pengsan beberapa minit
  • suhu badan meningkat dan menurun tak tentu masa
  • tangan dan kaki terasa kebas
  • mata berpinar dan kabur seketika
  • sakit pinggang
  • tidak boleh mebuka mulut seperti orang sihat
Akibat daripada bentan ini, saya tidak mampu berdiri dengan baik, bangun dari tempat pembaringan harus dibantu oleh suami, saya berjalan dengan keadaan tubuh membongkok seperti orang sedang ruku' di dalam solat. Ermm..Seperti nenek si bongkok tiga. Dari satu langkah ke langkah seterusnya seperti bayi baru belajar berjalan. Saya juga tidak mampu mengangkat kaki walaupun satu inci ketika menyarung kain atau seluar untuk dipakai. Aduhai. Sakitnya hanya Allah yang tahu.

Semua yang saya lalui di atas adalah simptom BENTAN selepas bersalin. Dalam kamus perubatan, tiada istilah BENTAN. Pensyarah Kanan Jabatan Obstetrik & Ginekologi, Fakulti Perubatan Universiti Malaya (UM), Dr Sofiah Sulaiman, ketika diajukan mengenai isu bentan, beliau berkata memang tidak ada istilah bentan dalam kamus perubatan, namun ia sebenarnya bersangkutan mengenai jangkitan kuman kepada ibu selepas bersalin jika mereka tidak mengamalkan penjagaan kesihatan dengan betul. (Berita Harian, 17 Feb 2011)

Jika ke klinik/hospital, pesakit seperti ini akan diambil darah nya dan diakhiri dengan pemberian antibiotik dan ubat tahan sakit sahaja. Pertemuan selanjutnya juga, jika mengalami gejala yang lebih kurang sama, dalam sela waktu yang panjang contohnya selepas sebulan, pesakit masih diberi antibiotik dan ubat tahan sakit, kecuali jika pihak hospital meminta dilakukan rawatan selanjutnya, maka pesakit haruslah bermalam di hospital.

Memandangkan BENTAN tiada dalam kamus perubatan, bagaimana bentuk rawatan yang boleh dilakukan? Wallahua'lam. Setakat ini saya masih belum ditahan di wad kerana sakit yang dialami. Menurut saya, ia adalah 'penyakit' yang MESTI dirawat secara alami dan tradisional kerana BENTAN adalah istilah yang digunakan oleh orang Melayu dan sangat ditakuti sejak dahulu kala lagi oleh nenek moyang kita seantero nusantara (Malaysia dan Indonesia). Maka, penjagaan selepas bersalin benar-benar ketat dan tidak boleh dibuat main-main. Ini kerana ia boleh membawa kematian. Nauzubillah...

Jenis-Jenis Bentan

Melalui pembacaan saya, bentan ada tiga kategori iaitu bentan urat, bentan rahim(peranakkan) dan bentan urat besar (pinggang).

1. Bentan urat
Badan menjadi lemah seperti demam, bias-bisa urat dan sendi badan seperti lutut menggigil kesejukan walaupun pada waktu tengah hari, seluruh otot badan tegang dan kejang. Ia berlaku apabila ibu terlalu aktif melakukan kerja rumah atau aktiviti fizikal lasak. Rawatan bertangas atau wap herba mampu melegakan keadaan ini.

2. Bentan urat peranakan/urat rahim
Sakit di bahagian ari-ari yang sederhana atau terlampau sakit sehingga mengakibatkan tumpah darah. Ia boleh berlaku sekiranya ibu mengangkat objek berat, tersepak ibu jari kaki atau terjatuh terduduk atau terhempas yang boleh menyebabkan bentan urat peranakan.

3. Bentan urat besar (pinggang)
Urat besar ialah urat buluh rahim yang melalui bahagian pinggul dan menyebabkan rasa lenguh dan sakit di atas bahagian belakang. Biasanya ia terjadi kepada ibu yang bersalin secara pembedahan Caeserean. Kadang kala kesakitan di bahagian pinggang dan tumit yang serius sehingga ibu jalan berdingkit-dingkit.

Saya terkena bentan urat dan bentan urat besar (pinggang). Allahu...Memang menyakitkan! Tiada lain yang mampu saya lakukan melainkan terpaksa ambil jamu 4 hari selepas bersalin sehinggalah sekarang. Orang kata tak elok untuk bayi menyusu, tetapi sebenarnya tiada masalah. Terpulang pada ibu itu sendiri jika bayi ok-ok sahaja. Namun, bagi bayi yang cepat bertindak balas dengan jamu, elok tangguhkan dahulu pengambilan jamu.

Fungsi jamu ialah untuk memastikan tubuh badan tidak kesejukan dan menggigil seram sejuk. Pilis pula ialah bahan herba yang perlu ditampal di dahi untuk mengelakkan sakit kepala akibat angin dalam badan. Ada beberapa makanan ubat lain yang saya gunakan untuk mengurangkan rasa sakit akibat bentan ini. Antaranya ialah:

+ minyak habbatussauda (anti radang, anti histamin). Ini wajib ada selepas bersalin untuk hindari atau menghilangkan rasa sengal dan bisa badan dan sakit rengat
+ minyak zaitun (buang angin)
+ kurma (tenaga berpanjangan)
+ air zam zam (bersifat alkali, baik untuk detoks tubuh badan)

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua. Saya doakan semoga ibu-ibu dihindari dari masalah bentan.

(Nurhamizah Humairah@Husna bt Zulkifli lahir pada 15 Jun 2016. Hari ini 20 Oktober 2016 ketika mengedit kisah ini saya telahpun melalui hari berpantang makan dan 'jauh' dengan suami selama 100 hari). Ini benar-benar berpantang ni. 

Ibu-ibu yang ingin dapatkan Set Berpantang dan Pakej Ibu Menyusu yang terdiri daripada ramuan yang lengkap khusus untuk wanita yang baru melahirkan anak, saya syorkan SET BERSALIN HPA yang dirumuskan oleh pakar herba yang diwarisi turun temurun serta dikilangkan mengikut kaedah moden dan berpandukan syarak.

Set bersalin adalah ramuan yang lengkap khusus untuk wanita yang baru melahirkan anak dan dirumus khas untuk khasiat seperti berikut:-

1. Mengelakkan masalah kebas kaki dan tangan. Keadaan ini berlaku oleh pendarahan yang banyak semasa melahirkan anak sehingga tubuh badan menjadi sejuk.

2. Mempercepatkan kesembuhan dan merawat luka dan pendarahan semasa melahirkan anak.

3. Mengembalikan kekuatan yang hilang akibat pendarahan semasa melahirkan anak.

4.Mengecutkan rahim dan mengembalikan kepada keadaan yang normal.

5. Menghilangkan sakit batu meriyan.

6. Membantu untuk mengeluarkan angin dalam badan.

7. Membantu melawaskan pembuangan air besar.

8. Mengatasi masalah bayi kembung perut, senak dll.

Kombinasi 8 produk di dalam 1 Set Bersalin , dengan izin ALLAH, ia dapat mengembalikan tenaga selepas bersalin. Antara produk-produk di dalam set bersalin ini ialah:

1. Minyak Barut (2 unit).
Gunakan minyak ini untuk mengelakkan kemasukan angin. Sapukan pada seluruh tubuh terutama di perut serta sendi-sendi yang lenguh.

2. Minyak Bayi (1 unit).
Gunakan pada bayi untuk senak, kembung perut, sering menangis pada waktu malam. Sapukan pada perut dan dada.

3. Teh Herba (1 unit).
Minuman berherba yang bertindak sebagai penyembuh luka dalam dan juga berkhasiat untuk mengembalikan kesihatan dan kesegaran.

4. Ubat Periuk (4 bunjut X 12 hari).
Rebus 1 bunjut bersama dengan 600ml air dengan api yang perlahan sehingga mendidih. Minum 1 cawan teh untuk 2 kali sehari pada pagi dan petang. Satu bungkus boleh diminum selama 3 hari.

5. Kapsul Wanita A & B.
Diambil selepas meminum ubat periuk. Amalkan satu kapsul A dan satu kapsul B setiap malam.

6. Ubat Basuh (Kegunaan Luar).
Rebus ubat ini dengan air melebihi sukatan herba yang sedia ada dengan api yang perlahan. Basuh di kawasan peranakan setiap pagi selama satu minggu selepas hari ke-40 selepas bersalin.

7. Spirulina.
Digunakan untuk menghindari sembelit, memperbaiki penghadaman dan penyerapan. Spirulina juga bertindak sebagai pencuci kolon dan sekaligus mengeluarkan keracunan dalam badan. Selain itu, spirulina juga memberi tenaga. Amalkan 2 kapsul pada waktu pagi dan 2 kapsul pada waktu malam selepas makan.

Info Tambahan :

1. Ubat Periuk (4 bunjut)
-menggunakan campuran pelbagai herba terpilih seperti pokok kacip fatimah bagi mengembalikan perca peranakan wanita dan membersihkan darah nifas.

Peringatan : 1 bunjut untuk 3 hari sahaja. Diambil selepas 3 hari bersalin bermula hari keempat hingga hari ke – 15. Minum 3 kali sehari iaitu sebanyak setengah cawan teh biasa. Ubat ini akan mengeluarkan banyak darah nifas yang kadang kala berketul-ketul.

2. Herba Sihat Wanita A dan Herba Sihat Wanita B
- Bermula pada hari ke- 16. Cara pengambilan – Herba Sihat Wanita A ( 1 pagi dan 1 malam) dan Herba Sihat Wanita B juga dalam dos yang sama.

3. Spirulina
- 1 kapsul pada waktu pagi dan 1 kapsul malam. Penggunaan selama 15 hari bermula pada hari ke- 4 hingga hari ke- 19.

4. Minyak Barut
- Penggunaan minyak barut adalah untuk mencegah kemasukan angin. Sapu minyak barut pada perut dan ari-ari serta sendi-sendi yang lenguh seperti betis dan kaki. Minyak ini amat sesuai digunakan sebagai minyak urut.

5. Minyak Bayi
- Gunakan minyak ini untuk senak dan kembung dan sebagai minyak urutan bayi.

6. Teh Herba
- Diramukan daripada pokok Centella asiatica (pegaga) untuk membantu mempercepat penyembuhan luka dalaman dan merawat penyakit kuning. Masukkan satu uncang teh ke dalam segelas air suam dan tutup gelas tersebut dan minum selepas 10 minit pada hari pertama selepas bersalin. Teh herba ini juga baik untuk kesegaran badan dan mengelakkan daripada sembelit. Satu kotak mengandungi 35 uncang untuk lebih sebulan.

7. Ubat Basuh
- Hendaklah digunakan selepas 40 hari bersalin. Rebus ubat basuh dengan api yang perlahan. Basuh di kawasan peranakan setiap pagi selama 7 hari berturut-turut.

**Sebagai tambahan ibu-ibu amat digalakkan menggunakan Herba Barut sebagai pelengkap set bersalin yang mengandungi herba yang bertindak sebagai pelawas, mengecutkan peranakan, mencegah kemasukan angin ke ruangan peranakan dan baik untuk mencegah fibroid.

Ribuan ibu bersalin telah mengamalkan set bersalin HPA

Dengan produk-produk yang disediakan, ia juga dapat mempercepatkan kesembuhan dan merawat luka selepas bersalin, selain dapat menghilangkan sakit batu meriyan.


Untuk pembelian SET BERSALIN HPA ini,

Whatsapp kami di link ini www.wasap.my/60135806760/setbersalinhpa untuk pembelian.

Untuk mendapatkan produk kesihatan yang berkualiti tinggi dengan pengiktirafan JAKIM,  berdaftar dengan KKM,  memiliki taraf pengilangan GMP dan National Pharmaceutical Beuro, wasap saya di www.wasap.my/60135806760

Kami membuat penghantaran melalui perkhidmatan poslaju. 

Untuk mendapatkan khidmat rawatan (bekam, akupuntur, refleksologi, dan urutan) sila dapatkan tarikh temujanji terlebih dahulu. Wasap saya di nombor ini www.wasap.my/60135806760

Semoga anda gembira dengan perkongsian ini. Sekirannya anda ada sebarang soalan berkaitan produk kesihatan, cara rawatan alternatif, anda boleh hubunggi saya di talian 013-5806760.

Norashikin Hasan
Herbalis Asean - HPA Internasional








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...