Ahad, 26 Januari 2025

PEMERHATIAN MAKROSKOPIK : DOCTRINE OF SIGNATURE

Masyarakat dahulu menentukan ubat melalui pemerhatian makroskopik seperti melihat bayam merah dikaitkan dengan penambahan darah dan sebagainya.



Masyarakat dahulu mengecam karakter sesuatu herba dengan melihat kepada warna, bentuk dan kesamaan pada organ.
Pengetahuan ini disebut sebagai doctrine of signature iaitu suatu ilmu pengecaman
Dalam ilmu pemerhatian makroskopik, bahagian buah adalah khusus untuk kepala. Bahagian akar digunakan untuk rawatan dari pinggang ke bawah.
Selain daripada melihat secara makroskopik, manfaat daripada sesuatu tumbuhan dapat juga diketahui melalui sabda-sabda Rasulullah SAW. Misalnya tentang kurma ajwa, daun inai, gaharu, talbinah, habbatussauda, madu lebah, susu kambing dan sebagainya.
Kaedah Doctrine of Signature ini tidak diterima dalam kaedah sains. Sains moden mengatakan bahawa semua yang ada di dunia ini boleh dibuktikan dengan sains.
Sains Islam membuktikan bahawa ilmu pada manusia sangatlah terbatas. Sains Islam tidak berhenti pada kajian, melainkan ia sampai kepada tahap keimanan iaitu sesuatu yang tidak dapat kita melihatnya, merasainya, tetapi wajib mempercayainya.
Oleh itu kita tidak berpedoman pada seeing is believing semata-mata melainkan berpedoman kepada taufiq dan hidayah yang diberikan Allah lewat Rasul-Nya.
Berkata Imam Malik, "Setiap orang dapat diterima pandangannya dan dapat ditolak kecuali (pandangan atau pendapat) Nabi SAW.
Pada foto ini kita dapat melihat tanda-tanda visual pada tumbuhan dan boleh dijadikan panduan untuk mengenal fungsi dan manfaat daripada tumbuhan tersebut
Apabila kita belajar dalam perubatan JAWI HPA, kita akan temuai kaedah perawatan hati yang diajarkan oleh Tn Hj Ismail b Ahmad. Menurut beliau, dahulu orang mengubat penyakit organ hati (liver) ialah dari minyak hati haiwan, misalnya hati lembu. Hati lembu sebesar 2 jari dibakar sehingga keluar minyak, lalu minyak yang keluar itu diminum. Lakukan selama 3 hari berturut-turut.
Hari ini kita menggunakan minyak dari hati ikan yu. Dunia juga menggunakan minyak squalene dari hati ikan yu untuk pelbagai tujuan kesihatan.
Kelas Online Pintar Herba JAWI
Silibus Perubatan JAWI
Norashikin Hasan

DIVERTIKULITIS : KOTORAN TERTAHAN DI DALAM KANTUNG DINDING USUS BESAR

Salah satu tanda seseorang itu mengalami radang di usus ialah hidung sering tersumbat.

Divertikulitis adalah salah satu kondisi kolon yang keradangan. Terdapat kotoran tertahan (mukoid) dalam tempoh bertahun-tahun di kantung-kantung kecil (divertikula). Keadaan ini membawa kepada pembengkakan dan robekan kecil sehingga membentuk poket-poket pada dinding usus besar.



Bakteria dari usus besar masuk ke dalam divertikula, menyebabkan peradangan atau jangkitan. Pesakit biasanya akan mengalami kembung, demam, mimpi ngeri dan fikiran serta emosi sering terganggu.


Pada imej iris akan kelihatan tanda pocket bowel tersebut iaitu ditandai dengan luka-luka kecil atau disebut sebagai lakuna pada kawasan ANW (Autonomic Nerve Wreth).
Ketika pesakit melakukan kolon hidroterapi, kotoran tinja yang mengeras akibat sembelit serta mukoid dikeluarkan. Ia bertujuan untuk membersihkan seluruh usus besar. Apa yang keluar dari usus kita selepas prosedur ini ialah cacing usus, parasit, bakteria jahat, tinja mengeras, kulat dan macam-macam lagi.
Jika tidak ditangani, sesetengah kes divertikulitis boleh membawa kepada kanser kolon.
Pengubatan herba JAWI mencadangkan pengambilan herba untuk tujuan detoksifikasi dan colon cleansing yang menggunakan sinergi antara herba pahit dan herba pelawas (laksatif).
Info : Ini adalah satu daripada topik yang dipelajari di dalam kelas online Pintar Herba JAWI Warisan Pak Haji.
Norashikin Hasan

Isnin, 20 Januari 2025

Vitamin C : Satu Seni dalam Pengubatan JAWI HPA

Subahanallah menyingkap ilmu Iridologi ini adalah satu bidang yang akan menyedarkan kita bahawa jika kita mahu beriman cukup sekadar melihat apa yang ada pada tubuh badan kita, malah pasti tidak akan habis.


Carta Iridologi

Sebagai seorang herbalis, ilmu ini adalah satu lapangan ilmu yang menghidangkan sebuah keinsafan yang bakal membuahkan kesyukuran kepada ALLAH.
Di dalam kaedah ilmu dianosis ini kita dapat mengindikasikan keadaan tubuh seseorang pesakit sama ada lemah atau kuat, kadar stress, penumpukan racun, kekuatan saraf, kelainan pada usus besar dan sebagainya.
Tujuan belajar ilmu diagnosis melalui iris adalah untuk mengenal, bukan meramal. Inilah yang selalu tuan guru (Tn Hj Ismail b Ahmad) pesankan. Jangan meramal tetapi mengenal. InsyaAllah kita akan temui solusi permasalahan penyakit berdasarkan pengalaman diagnosis.
Kerana di dalam pengubatan ini disebut sebagai kecekapan diagnosis dan ketepatan herba. Kita perlu mempunyai skill dalam menentukan penyakit.
Herba yang sesuai dengan seseorang belum tentu ia sesuai dengan seorang yg lain. Maka, untuk tentukan ubat, ia perlu kepada kepakaran berdasarkan kepada pengalaman. Ia tidak boleh bercorak teori semata-mata.
Ramai orang yang mempelajari ilmu diagnosis iridologi tanpa panduan tibbun JAWI, berlaku kesalahan dalam analisis penyakit yang mengaitkan dengan hal-hal mistik. Mereka dengan begitu mudah menggunakan ilmu diagnosis melalui iris dalam pengubatan yang tidak menegakkan tauhid malah menghampiri kesyirikan. Ini benar-benar pernah berlaku terutama bagi mereka yang tidak mengenali apa itu Tibbun JAWI dan tidak pernah bertemu di dalam mana-mana kuliah bersama Pengasas Tibbun JAWI iaitu Tn Hj Ismail bin Ahmad. Diagnosis yang dilakukan sudah tepat tetapi malangnya hasil diagnosis mengatakan permasalahan di usus besar adalah kerana ada tapak rumah jin di situ, permasalahan stress yang berpanjangan disebabkan oleh gangguan saka, hilang semangat hidup kerana ada kemungkinan ia berkaitan dengan sihir daripada jin atau manusia. Apakah ilmu iridologi Tibbun JAWI begini?
Jika begitu cara seorang perawat Muslim mendiagnos dan menganalisa iris seseorang, ia telah terkeluar daripada konsep pengubatan kita (JAWI) iaitu konsep pengubatan causative treatment iaitu memberikan penekanan kepada pengembalian sistem imuniti tubuh yang menyeluruh yang meliputi aspek spiritual, mental, emosi dan fizikal.

Lebih parah lagi jika perawat mendiagnosis kemudian membuat kesimpulan awal tanpa memberikan solusi alamiyah dan Ilahiyah.
Foto di bawah ini adalah salah satu contoh iris yang memiliki ciri-ciri tekanan (stress). Dalam ilmu diagnosis iris, ia disebut sebagai Stress Line/Stress Ring. Seseorang yang berada dalam tekanan (stress) yang berpanjangan akan dapat dilihat pada iris matanya garisan putih seperti lingkaran cincin.



Stress berlaku disebabkan oleh faktor luaran dan dalaman. Faktor luaran misalnya tekanan kerja, masalah keluarga, persekitaran dan sebagainya. Faktor dalaman pula merujuk kepada gangguan kepada fisiologi tubuh seperti sistem imuniti, sistem pencernaan, sistem saraf dan sebagainya.

Menurut pandangan pengubatan JAWI, seseorang yang stress bererti tubuhnya juga kekurangan vitamin C atau hampir tiada vitamin C. Kekurangan Vitamin C akan mengakibatkan daya tahan tubuh semakin lemah, fikiran semakin tertekan, penyakit mula menyerang dan ubat menjadi tidak berkesan.


Kekurangan Vitamin C boleh menyebabkan
- mukus yang kental
- kulit kering, kasar dan gatal
- ulser/sariawan
- gusi berdarah
- lebam-lebam pada tubuh badan tetapi tidak sakit pada tempat lebam
- bulu mata lurus ke bawah, tidak melentik
- dan lain-lain



Manusia dan kera tidak dapat menghasilkan vitamin C sendiri. Kambing apabila dikejar oleh harimau, ia akan stress dan akan mengeluarkan Vitamin C sebagai vitamin anti stress.

Antara sebab mengapa herba tidak berkesan adalah kerana kekurangan Vitamin C. Vitamin C ialah pembuka kunci yang membuka pintu untuk herba-herba bekerja. Kalau kita ingin berikan pertolongan di dalam sebuah bangunan, jika pintu tidak dibuka bagaimana hendak memberi bantuan?

Kekurangan Vitamin C akan mengakibatkan daya tahan tubuh semakin lemah, fikiran semakin tertekan, penyakit mula menyerang dan ubat menjadi tidak berkesan.

Kita tidak boleh meninggalkan Vitamin C ketika membuat perawatan. Itulah art of healing yang perlu ada dalam sesuatu perawatan.

Tiada Vitamin C hilang semangat hidup. Orang jadi gembira kerana adanya kecukupan Vitamin C. Vitamin C kena ambil daripada sumber makanan kerana tubuh tidak dapat mengeluarkan Vitamin C sendiri.

Produk HPA yang mengandungi Vitamin C ialah
1. Mengkudu (kapsul dan spray)
2. Roselle (kapsul dan kordial)
3. Kopi Radix
4. Kapsul Radix
5. Herba Tuju Angin (kapsul dan spray)
6. Kapsul Paramaria Plus
7. Radix Cereal
8. Moringga (kapsul dan spray)
9. BR Spray
10. Vit C Spray
11. Kapsul Morin A
12. Dan banyak lagi..


Semoga info ini dapat menambah ilmu kepada ahli-ahli HPA sedunia dan membantu para herbalis dalam perawatan. Amin ya Rabbal A'lamin

Norashikin Hasan