Ahad, 26 Julai 2020

GLAUKOMA : VIEW SPRAY HPA

Glaukoma merupakan penyakit mata yang menyebabkan kerosakan pada saraf optik, hubungan penting antara mata dan otak. Saraf optik merupakan laluan yang membawa imej yang dilihat ke otak. 

Ia adalah salah satu penyebab utama kecacatan penglihatan di dunia, yang semestinya dapat dicegah dengan diagnosis awal dan rawatan yang berkesan. Sekiranya tidak dirawat, ianya boleh merosakkan saraf optik secara perlahan-lahan sehingga mengakibatkan kebutaan yang kekal.

What is Glaucoma? Learn about Glaucoma | Glaucoma Resources

Jenis-jenis glaukoma:
1. Open-angle glaucoma
2. Open-angle glaucoma
3. Congenital or juvenile glaucoma
4. Secondary glaucomas

Apakah simptomnya?

Tekanan mata dikendalikan oleh saluran cairan yang berada di "sudut", yang dapat terbuka (tetapi tidak berfungsi dengan efisien) atau sempit dengan penutupan sekejap atau tetap.

Di Malaysia, glaukoma merupakan penyebab kebutaan yang ketiga (7%) iaitu selepas katarak (58%) dan diabetes (10%) berdasarkan National Eye Survey 2014.

Siapakah yang paling berisiko?
Glaukoma boleh menyerang sesiapa sahaja. Jika anda mempunyai:
  • Sejarah keluarga glaukoma
  • Tekanan mata tinggi melebihi tahap normal iaitu melebihi 22 mmHg (Hipertensi ocular)
  • Berumur lebih dari 50 tahun
  • Keturunan Afrika atau Asia
  • Diabetes
  • Rabun dekat atau rabun jauh (miopia)
  • Kecederaan mata sebelumnya
  • Penggunaan steroid yang berpanjangan 
  • Kecenderungan migrain atau menyejukkan tangan dan kaki pada musim sejuk
  • Tekanan darah tinggi atau rendah
Namun, walaupun anda tidak mempunyai faktor-faktor ini, glaukoma masih boleh berlaku kepada anda.

HERBA HPA UNTUK MASALAH MATA

Dalam pengubatan herba, penyakit glaukoma ini adalah penyakit bersifat panas. Sekiranya herbalis tahu sifat Yin (sejuk) dan Yang (panas) sesuatu penyakit, maka herbalis mampu memberikan ubat yang tepat atau bersesuaian.

Alhamdulillah....Dengan izin Allah,Tuan Hj Ismail Ahmad, Pengarah Urusan HPA yang juga merupakan Pakar herba Asean telah mencipta dan mengeluarkan satu produk di beri nama VIEW SPRAY untuk mengatasi permasalah mata bukan sahaja untuk masalah GLUKOMA tetapi termasuk untuk masalah mata seperti :

1.Mata Silau
2.Mata Selaput
3.Mata minus
4.Mata plus

Dan segala yang mempunyai permasalahan di mata

Cara penggunaan :

Spray di bawah lidah 5 kali sehari..



Jumaat, 10 Julai 2020

KELOR | MORINGGA OLEAFEIRA

Dalam pengubatan herba, kita tidak akan lupakan daun kelor. Nama lainnya ada yang menyebut remunggai dan moringga. Nama saintifiknya pula ialah Moringa oleafeira.

Daun ini adalah jawapan dan solusi kepada anda atau anak-anak yang tak gemarkan sayuran!

Kulit kayu, getah, akar, daun, biji dan bunga telah lama digunakan dalam perubatan tradisional.

Kini, daunnya dikisar dan dimasukkan dalam kapsul sebagai suplemen harian. Kita berikan kepada mereka yang kekurangan gizi akibat malnutrisi. Buka kapsul masukkan dalam masakan mee goreng, sup dan menu lain-lain.

Anak-anak tak suka makan sayur, kita buka kapsul, masukkan dalam sup, cucur/cekodok, menu harian mereka. Siap!

Kelor/Moringa mengandungi lebih tinggi kandungan kalsium berbanding susu, ianya sangat baik bagi membina tulang yang kuat serta boleh meningkatkan aktiviti metabolik badan.

Tubuh kita sukar lagi menyerap kalsium daripada susu bila umur lebih dari 21 tahun. Maka sumber kalsium boleh didapati daripada daun kelor ini. Jangan tidak percaya bahwa kalsium juga ada dalam tumbuh-tumbuhan.

Fakta nutrisi daun kelor segar (basah) memberi manfaat:
4 x lebih Vitamin A dalam carrot
7 x lebih vitamin C orange
4 x kalsium susu
3 x pottasium dalam pisang
3/4 x zat besi dalam bayam
2 x protien yogurt

Jika daun ini dikeringkan ia juga ada khasiatnya:
10 x vitamin A dalam carrot
1/2 vitamin C orange
17 x kalisum susu
15 x pottasium
25 x zat besi dalam bayam
9 x protein yogurt

Vitamin C dan vitamin E dalam kandungan Moringa bertindak sebagai antioksidan. Kajian menunjukkan segelas daun Moringa dapat membekal keperluan harian Vitamin A untuk 10 orang.

Maka, tidak hairan jika pokok kelor digunakan untuk memerangi kekurangan zat makanan, terutama di kalangan bayi dan ibu menyusu. Oleh kerana moringa tumbuh subur di persekitaran gersang dan separa kering, ia boleh menjadi sumber makanan berkhasiat yang serba boleh sepanjang tahun.

Daun kelor telah dicadangkan sebagai sumber makanan yang kaya zat besi untuk mengatasi kekurangan zat besi. - Oduro I, Ellis WO, Owusu D (2008). "Nutritional potential of two leafy vegetables: Moringa oleifera and Ipomoea batatas leaves". Scientific Research and Essay. 3 (2).

Didalam bidang perubatan, Moringa telah dikenal berkesan untuk rawatan penyakit kulit, menurunkan tekanan darah, mengurangkan bengkak, menyembuh ulcer gastrik, menurunkan gula darah dan melegakan sistem saraf badan.

Mengapa bila ambil makanan baik, ia pasti akan membawa kepada kecantikkan kulit?

Kerana setiap makanan yang diambil dari alam semulajadi adalah baik untuk pertumbuhan tubuh.

Ia menjadi sel, kulit, darah, tulang, rambut, gigi, otot dan lain-lain.
.
.
Semoga anda gembira dengan perkongsian ini. Sekirannya anda ada sebarang soalan berkaitan produk HPA dan rawatan dengannya, anda boleh hubungi saya di link ini www.wasap.my/60135806760


Norashikin Hasan
Herbalis Asean - HPA Internasional

Sabtu, 4 Julai 2020

POKOK GAHARU | AQUILARIA MALACCENSIS

Nama saintifik bagi pohon gaharu ialah Aquilaria malaccensis. Banyak terdapat di hutan tropika.
Subhanallah! Pohon ini diproses dari daunnya, bunganya, batangnya, kulit kayunya, rantingnya, bijinya, hinggalah ke akarnya dijadikan ubatan dan bahan kosmetik

Daunnya dijadikan teh hijau, berkhasiat dan sungguh menyegarkan! Serbuk daun ini yang halus dijadikan perisa aiskrim.

Daun gaharu yang diperam lebih dari 6 bulan (lagi lama lagi bagus) akan menjadikannya cuka. Inilah yang disebut cuka gaharu. Cuka gaharu baik untuk rawatan saraf, strok.

Jika dijadikan air suling daripada daun gaharu ini, maka ia sangat bermanfaat bagi mengatasi gout, kanser, alergi gatal, resdung dan sebagainya.

Biji daripada pohon gaharu ini dijadikan kopi baik untuk atasi kolestrol, toksik tubuh dan memberi kebaikkan kepada perut. Ia juga membantu pelawasan dan memberi deep sleeping. Orang insomnia jika minum kopi atau teh gaharu, maka ia dapat bantu merawat gejala insomnia itu. Tidur pun semakin lena dan nyenyak.

Kata Abu Hanifah, "Kayu gaharu yang paling baik untuk menggosok gigi kerana ia membuat lidah lebih fasih, membersihkan lidah, menghilangkan kelemahan yang timbul akibat penyakit, merangsang nafsu makan dan membersihkan otak. Ia lebih baik jika digunakan setelah dibasahkan dengan air mawar".

Terdapat beberapa hadith yang menyatakan kayu gaharu meningkatkan kefasihan berbicara. Al Haqidah menyatakan, "Apabila Rasulullah SAW bangun pada pagi hari, baginda biasanya membersihkan mulut dengan sepotong ranting kayu gaharu" (HR Al Bukhari)
.
.
Catatan tulisan di atas penulis perolehi dari himpunan kuliah yang disampaikan oleh guru kami iaitu Tuan Haji Ismail bin Haji Ahmad. Semoga anda gembira dengan perkongsian ini.


INFO LAINNYA TENTANG GAHARU/AGARWOOD

Pohon gaharu terbaik dunia dipercayai didapati di Malaysia sehingga mendapat gelaran Malaysian liquid gold. Harga teras pohon ini boleh mencecah harga sekitar RM4300 hingga RM5800 sekilogram.

Kayu pohon gaharu digunakan untuk membuat wangian gaharu. Kayu ini dihancurkan dan dimasak di atas dapur khas selama tujuh hari.

Kemudian dihancurkan lagi untuk mengasingkan minyak dengan air suling, lalu dimasak selama 24 jam.

Daripada sebatang pohon gaharu yang tinggi dan besar itu, ia menghasilkan 48 ml minyak pati gaharu sahaja. Maka tidak hairanlah minyak pati ini harganya ribuan ringgit!

Saya pernah diberi minyak wangi ini, hanya secalit sahaja untuk memahami dan mengetahui baunya. Baunya agar keras tetapi setelah lama ia menjadi bau yang sangat lembut dan menenangkan fikiran. Lebih 48 jam wangian ini masih bertahan pada baju.

Sabda Nabi SAW, jika orang memberi minyak wangi jangan tolak. "Siapa yang ditawari minyak wangi, janganlah dia menolaknya. Kerana minyak wangi itu ringan diterima, dan baunya harum. (HR. Ahmad 8264, Nasai 5276 dan dishahihkan Syuaib al-Arnauth).

Sebenarnya banyak lagi kebaikkan pohon ini yang tak tertulis di sini.

Semoga perkongsian ini bermanfaat.