Rabu, 22 Mac 2017

INILAH KHASIAT GARAM BUKIT YANG RAMAI ORANG TIDAK SANGKA!

Garam merupakan salah satu nutrisi penting bagi tubuh yang tidak dihasilkan sendiri oleh tubuh. Ia sangat berguna untuk menjalankan beberapa fungsi tubuh antaranya:
  • mengatur tekanan darah
  • mengatur transmisi signal sistem saraf
  • membantu penghadaman
  • membantu keseimbangan cairan dalam tubuh
Dalam perubatan Melayu, garam biasa digunakan untuk bertungku. Caranya ialah dengan mencampurkan garam kasar ke dalam ramuan herba tungku. Ia juga amat baik bagi mereka yang mengalami gangguan pada saraf. 

Garam adalah untuk penjanaan tenaga hidroelektrik di dalam sel. Ia sangat diperlukan untuk mengelakkan kekejangan otot. Tahukah anda bahawa seseorang yang kerap mengeluarkan air liur basi menandakan kekurangan garam? 

Garam juga sangat berkesan untuk pembinaan struktur tulang dan 27% daripada keseluruhan garam tubuh berada di dalam tulang.

Bukan sahaja masakan, ia juga sering menjadi medium untuk rawatan kesihatan seisi keluarga. 


Sesekali makan epal hijau..saya tabur garam bukit. Maasyaallah sedap sungguh! 


Minuman pada waktu sarapan. Air koko saya letak secubit ke 2 cubit garam bukit. Tak masin tau, tapi rasa lemak-lemak. Emmmm... tasty! 

"Garam Merah Himalaya (Pink Himalayan Salt), didapati dari kaki gunung Himalaya. Ia tidak ada kontiminasi dan kaya dengan iron, potassium, magnesium dan 16% mineral surih. Garam ini mengandungi sodium chloride sebanyak 84%" - Dr. Aya

Garam asli/bukit memiliki lebih kurang 84 khasiat mineral semulajadi. Antaranya ialah:
  • Detoks racun dalam darah
  • Mengurangkan ketagihan makanan manis
  • Stabilkan pH darah
  • Bantu seimbangkan paras gula dalam darah
  • Stabilkan denyutan jantung yang tak sekata
  • dan baaaaanyak lagi 


Contoh garam bukit kasar, sesuai digunakan untuk mandian dan rendaman kaki

Garam bukit berwarna pink. Baik untuk kegunaan harian kerana ia tidak tercemar. Kandungan sodiumnya juga tidak tinggi. 

Menurut Dr. Aya, "Adalah sangat bagus mengamalkan pengambilan garam pada waktu subuh. Garam amat bergetar iaitu resonan pada waktu awal pagi (subuh) di atas sebab frekuensinya yang bersamaan dengan alam yang berwarna biru muda pada ketika itu".

Pengambilan secubit garam secara konsisten setiap awal pagi sangat bermanfaat kepada tubuh. Ini kerana garam adalah kristal yang mencetuskan tenaga kepada setiap saraf kita.

Meletakkan sedikit garam pada lidah di pagi hari adalah salah satu sunnah Rasulullah s.a.w. Rahsia biru muda (cyan) adalah sifat penapisan daripada segala bentuk keburukan dalam berbagai aspek yang kita akan hadapi pada waktu seterusnya.

Jangan kata garam tidak penting!

Ajaib kan?!! 

Jom kita menukar guna garam asli untuk semua menu harian kita. InsyaAllah banyak khasiatnya untuk kesihatan kita. Nak garam bukit? 

Foto : Garam kasar 800gm RM8, garam halus 500gm RM4

Foto : Garam bukit kasar jenama HPA. Harga RM15.

Berapa harganya? 
Garam halus RM4 500gm, sesuai untuk masakan dan minuman.
Garam Kasar RM8 700gm, sesuai untuk mandian, spa dan rendaman kaki.
Garam Bukit Himalaya HPA RM15, 250gm, sesuai untuk mandian, spa dan rendaman kaki.

Untuk pembelian GARAM ini,
Whatsapp kami di link ini www.wasap.my/60135806760/garam untuk pembelian.

Semoga anda gembira dengan perkongsian ini. Sekirannya anda ada sebarang soalan berkaitan produk HPA dan rawatan dengannya, anda boleh hubungi saya di link ini www.wasap.my/60135806760

Norashikin Hasan
Herbalis Asean - HPA Internasional

Isnin, 20 Mac 2017

HERBA PEMECAH BATU KARANG & BATU HEMPEDU

Petua untuk mengetahui tahap dan jenis batu karang, tanyakan kepada doktor “batu karang yang ada pada saya ini jenis apa”? Kerana kita kena tahu asal usulnya barulah kita boleh berubat. Ada 2 jenis iaitu batu jenis putih dan hitam berkilat. Jika warna batu itu putih, walau besar macam mana pun jangan operasi kerana ia adalah kalsium oksalat. Makan herba insyaAllah boleh hancur bersih. Jika batu berwarna hitam berkilat ia terbentuk daripada kolestrol, ia keras dan tidak boleh hancur dengan herba.

Orthosiphon aristatus/Java leaves/Misai Kucing
Batu karang berwarna putih, ia adalah kalsium oksalat ambil herba yang betul seperti kapsul Malac atau teh misai kucing (java tea), teh pegaga insyaAllah hancur batu ini sedikit demi sedikit. Daun misai kucing, java tea bagus untuk darah tinggi, kencing berbuih dan batu karang. Apatah lagi jika mengambil ubat periuk yang di dalamnya ada rancang besi, rancang tembaga, akar buluh, akar teming, akar larak, pokok susuh ayam, rebus dan minum. Nanti batu itu akan hancur sedikit demi sedikit dan hilang.

Dalam pembacaan, kita dapati bahawa terdapat pengelasan jenis batu karang yang biasa ditemui, iaitu:
  • Batu kalsium — Jenis paling lazim. Batu kalsium biasanya membabitkan dua bahan, iaitu kalsium dan oksalat.
  • Batu struvite — Berlaku lebih kerap pada wanita berbanding lelaki. Ia biasanya disebabkan jangkitan salur kencing kronik oleh bakteria yang menghasilkan enzim tertentu. Enzim ini meningkatkan kandungan ammonia dalam air kencing sehingga membentuk kristal struvite.
  • Batu asid urik — Batu ini terbentuk daripada asid urik, iaitu hasil sampingan daripada metabolisma protein. Biasanya ia terjadi kerana serangan gout.
  • Batu sistein — Pembentukan batu karang jenis ini jarang berlaku. Ia biasanya berlaku di kalangan individu yang ada masalah genetik yang menyebabkan buah pinggang menghasilkan berlebihan asid amino tertentu.



Dalam pengubatan herba, apa sahaja batu yang tubuh di dalam tubuh badan dirawat dengan herba deuretik baik itu ialah batu karang atau batu hempedu.

Herba yang bertujuan untuk memecahkan batu karang, ia juga adalah ubat untuk saraf. Ini adalah bentuk pengecaman orang terdahulu. Cuma masyarakat terdahulu mereka tidak tahu hubungan herba tersebut dengan sistem tubuh. Yang mereka tahu ialah kemahiran menggunakan herba-herba tersebut untuk merawat penyakit.

Betik adalah herba depuratif. Untuk tujuan perawatan saraf, akar pokok betik digunakan. Sakit pinggang tandanya masalah saraf, kita gunakan akar pokok betik. Ia melawaskan kencing, untuk sakit batu karang dan ia sebagai ubat cacing. Untuk ubat cacing, akar betik direbus sehingga mendidih. Setelah mendidih, tutup api kemudian masukkan bawang putih. Boleh dicampur madu untuk elakkan rasa pahit.

Dulu-dulu, kulit durian dibakar sehingga boleh dijadikan abu. Abu kulit durian yang dicampurkan dengan air adalah ubat untuk pecahkan batu karang dan mengeluarkan pacat yang masuk di dalam perut. Minum airnya.

Pokok buluh mata air (hanya ada di negeri belah utara sahaja) ia melembut dan memecahkan batu karang dalam pundi kencing, pundi hempedu. Herba Malac daripada buluh ini diminum bersama dengan RO plus, insyaAllah pecahlah batu karang itu. Daun pucuk buluh ini direbus untuk masalah asid urik.

Pokok Mempelas
Pokok mempelas hutan, akarnya digunakan untuk pecahkan batu karang. Pokok meniran/dukung anak untuk pecahkan batu karang sama juga tindakannya seperti mempelas hutan.

Pokok philantus/meniran/dukung anak untuk pecahkan batu karang.

Pokok pine menghasilkan bunga nanas batu untuk menghilangkan asma. Rendam dalam air hingga ia menguncup, minum airnya, baik untuk paru-paru, asmatik dan pernafasan. Juga diamalkan untuk
Nanas batu

merawat
kecanduan narkoba/dadah, pecahkan batu karang.Untuk dijadikan ubat, ambil nanas batu saiz yang besar. Difahamkan bahawa bahtera Nabi Nuh a.s dibuat daripada pokok kayu pine. 

Rumput Siti Khadijah/
Rumput Beijing
Tanaman rumput Siti Khadijah berfungsi seperti malac tetapi ia lebih kuat daripad malac. Air rebusan rumput ini apabila diminum oleh orang yang sudah buat kimo, kesan sampingan kimo itu tidak akan berlaku kepadanya. Rumput ini bagus untuk masalah paru-paru, pernafasan, lelah, kanser paru-paru, batu karang.

Orang yang ada batu hempedu kebiasaannya mengalami masalah perut kembung yang begitu menyakitkan? Bagaimana menghilangkan rasa sakit kerana perut kembung kesan daripada batu hempedu? 7 biji epal hijau dibuat juice (jangan campur air) minum sedikit-sedikit hingga hilang rasa sakitnya.

Bagaimana cara memecahkan batu dalam hempedu?

Herba untuk masalah batu hempedu
  • 3 kaspul Malac direbus dengan 3 gelas air hingga jadi 1 gelas. Minum sikit-sikit. Jika tidak direbus, goncangkan dalam air melebihi 50 kali goncangan. Tujuan goncangan adalah untuk memecahkan dinding selulosa sel herba.
  • Minyak Zaitun
  • HGH

Pengubatan HPA mencadangkan penggunaan madu trigona iaitu madu kelulut yang masam. Masam itu bererti ada kandungan asid di dalamnya. Cuka yang terbentuk secara semulajadi di dalam madu itu bersifat anti peradangan. Cara menghancurkan kalsium yang menempel di organ adalah dengan menggunakan cuka asli.

Selain itu tubuh memerlukan HGH. Tanduk rusa dikikis bahagian atasnya, perahkan sedikit jus limau nipis, minum, insyaAllah batu hempedu hancur dengan izin Allah.

Sekarang sukar sekali mendapatkan tanduk rusa yang mati disembelih (halal), maka HPA telah menyediakan HGH alhamdulillah. Hanya dalam bentuk semburan. Sudah ribuan orang mengunakan HGH ini dan terlalu banyak testimoni data fizikal dari pengguna.

===============================================

Semoga anda gembira dengan perkongsian ini. Sebahagian besar catatan tulisan di atas adalah rekod penulis dari himpunan kuliah yang disampaikan oleh guru kami iaitu Tuan Haji Ismail bin Haji Ahmad.

Sekirannya anda ada sebarang soalan berkaitan produk HPA dan rawatan dengannya, anda boleh hubungi saya di link ini www.wasap.my/60135806760

Norashikin Hasan
Herbalis Asean - HPA Internasional