Ahad, 16 Julai 2017

KHASIAT MINYAK BAWANG PUTIH



MINYAK BAWANG PUTIH

1. Dimakan sebagai suppliment harian seisi keluarga
2. Dimakan sebagai ubat/penawar penyakit
2. Bahan dalam menu masakan (salad dressing, garlicy mayonaise, goreng telur mata dengan minyak ini untuk sarapan juga sangat bagus!)

KEISTIMEWAAN MINYAK BAWANG PUTIH

1. Mencegah dari keracunan makanan
2. Membunuh parasit dan mengubat jangkitan kulat pada kulit
3. Mengubati jerawat
4. Menambahkan tenaga fizikal dan stamina
5. Mencegah serta menyembuhkan demam dan juga selsema
6. Mengawal berat badan
7.Melindungi jantung dan menurunkan kadar kolesterol serta tekanan darah
8. Mengurangkan risiko mendapat penyakit kanser
9. Menurunkan tahap gula dalam darah
10. Meredakan kesakitan gigi dan telinga
11. Mengatasi masalah rambut gugur
12. Mengurangkan angin dalam badan
13. Membantu mencegah stress, kemurungan dan rasa cemas
14. Meningkatkan kemampuan seksual.
15. Merawat jangkitan ketuat
16. Sangat baik untuk masalah selsema kanak kanak dan bayi
17. Menjadi penawar kepada masalah vericose vien (urat unggu timbul di betis dan kaki)
18. Membantutkan sebarang pertumbuhan (tumor, cyst, kanser dalam badan)

Tahukah anda selain minyak bawang putih, ada juga bawang putih yang isinya dikapsulkan? 

BAWANG LANANG Antara bawang terbaik dan termahal harganya kerana penemuan khasiat kesihatan yang telah diketahui di seluruh dunia terutama apabila dibakar secara teknik slow cooked sehingga hitam warnanya. Ia sangat baik dijadikan amalan pesakit kencing manis dan tinggi kolestrol.



Bawang lanang atau nama lainnya boleh dijumpai dengan nama bawang putih tunggal, bawang putih jantan, single clove garlic, solo garlic.

Adakah HPA juga mempunyai herba ini? Ya, kapsul Alisin HPA adalah daripada bawang lanang.


Kapsul Alisin ini adalah daripada bawang putih jantan yang sangat jarang ditemui. Dikatakan bahawa, harga untuk 100gram bawang putih jantan mencecah sehingga RM100.

Alisin merupakan satu bahan kimia semulajadi yang terdapat di dalam bawang putih yang boleh digunakan untuk masalah kolesterol, ubat pencair darah, dan vertigo.

Antara manfaat kapsul Alisin HPA ialah untuk perawatan:

1. Darah Tinggi
2. Jantung
3. Kekurangan tenaga kerana kencing manis
4. Lemah tenaga batin 
5. Cuci ginjal
6. Kencing manis
7. Migrain
8. Bisul 
9. Kanser
10. Dan sebagainya

Semoga anda gembira dengan perkongsian ini. Sekirannya anda ada sebarang soalan berkaitan produk HPA dan rawatan dengannya, anda boleh hubungi saya di link ini www.wasap.my/60135806760


Norashikin Hasan
Herbalis Asean - HPA Internasional



Rabu, 22 Mac 2017

INILAH KHASIAT GARAM BUKIT YANG RAMAI ORANG TIDAK SANGKA!

Garam merupakan salah satu nutrisi penting bagi tubuh yang tidak dihasilkan sendiri oleh tubuh. Ia sangat berguna untuk menjalankan beberapa fungsi tubuh antaranya:
  • mengatur tekanan darah
  • mengatur transmisi signal sistem saraf
  • membantu penghadaman
  • membantu keseimbangan cairan dalam tubuh
Dalam perubatan Melayu, garam biasa digunakan untuk bertungku. Caranya ialah dengan mencampurkan garam kasar ke dalam ramuan herba tungku. Ia juga amat baik bagi mereka yang mengalami gangguan pada saraf. 

Garam adalah untuk penjanaan tenaga hidroelektrik di dalam sel. Ia sangat diperlukan untuk mengelakkan kekejangan otot. Tahukah anda bahawa seseorang yang kerap mengeluarkan air liur basi menandakan kekurangan garam? 

Garam juga sangat berkesan untuk pembinaan struktur tulang dan 27% daripada keseluruhan garam tubuh berada di dalam tulang.

Bukan sahaja masakan, ia juga sering menjadi medium untuk rawatan kesihatan seisi keluarga. 


Sesekali makan epal hijau..saya tabur garam bukit. Maasyaallah sedap sungguh! 


Minuman pada waktu sarapan. Air koko saya letak secubit ke 2 cubit garam bukit. Tak masin tau, tapi rasa lemak-lemak. Emmmm... tasty! 

"Garam Merah Himalaya (Pink Himalayan Salt), didapati dari kaki gunung Himalaya. Ia tidak ada kontiminasi dan kaya dengan iron, potassium, magnesium dan 16% mineral surih. Garam ini mengandungi sodium chloride sebanyak 84%" - Dr. Aya

Garam asli/bukit memiliki lebih kurang 84 khasiat mineral semulajadi. Antaranya ialah:
  • Detoks racun dalam darah
  • Mengurangkan ketagihan makanan manis
  • Stabilkan pH darah
  • Bantu seimbangkan paras gula dalam darah
  • Stabilkan denyutan jantung yang tak sekata
  • dan baaaaanyak lagi 


Contoh garam bukit kasar, sesuai digunakan untuk mandian dan rendaman kaki

Garam bukit berwarna pink. Baik untuk kegunaan harian kerana ia tidak tercemar. Kandungan sodiumnya juga tidak tinggi. 

Menurut Dr. Aya, "Adalah sangat bagus mengamalkan pengambilan garam pada waktu subuh. Garam amat bergetar iaitu resonan pada waktu awal pagi (subuh) di atas sebab frekuensinya yang bersamaan dengan alam yang berwarna biru muda pada ketika itu".

Pengambilan secubit garam secara konsisten setiap awal pagi sangat bermanfaat kepada tubuh. Ini kerana garam adalah kristal yang mencetuskan tenaga kepada setiap saraf kita.

Meletakkan sedikit garam pada lidah di pagi hari adalah salah satu sunnah Rasulullah s.a.w. Rahsia biru muda (cyan) adalah sifat penapisan daripada segala bentuk keburukan dalam berbagai aspek yang kita akan hadapi pada waktu seterusnya.

Jangan kata garam tidak penting!

Ajaib kan?!! 

Jom kita menukar guna garam asli untuk semua menu harian kita. InsyaAllah banyak khasiatnya untuk kesihatan kita. Nak garam bukit? 

Foto : Garam kasar 800gm RM8, garam halus 500gm RM4

Foto : Garam bukit kasar jenama HPA. Harga RM15.

Berapa harganya? 
Garam halus RM4 500gm, sesuai untuk masakan dan minuman.
Garam Kasar RM8 700gm, sesuai untuk mandian, spa dan rendaman kaki.
Garam Bukit Himalaya HPA RM15, 250gm, sesuai untuk mandian, spa dan rendaman kaki.

Untuk pembelian GARAM ini,
Whatsapp kami di link ini www.wasap.my/60135806760/garam untuk pembelian.

Semoga anda gembira dengan perkongsian ini. Sekirannya anda ada sebarang soalan berkaitan produk HPA dan rawatan dengannya, anda boleh hubungi saya di link ini www.wasap.my/60135806760

Norashikin Hasan
Herbalis Asean - HPA Internasional

Isnin, 20 Mac 2017

HERBA PEMECAH BATU KARANG & BATU HEMPEDU

Petua untuk mengetahui tahap dan jenis batu karang, tanyakan kepada doktor “batu karang yang ada pada saya ini jenis apa”? Kerana kita kena tahu asal usulnya barulah kita boleh berubat. Ada 2 jenis iaitu batu jenis putih dan hitam berkilat. Jika warna batu itu putih, walau besar macam mana pun jangan operasi kerana ia adalah kalsium oksalat. Makan herba insyaAllah boleh hancur bersih. Jika batu berwarna hitam berkilat ia terbentuk daripada kolestrol, ia keras dan tidak boleh hancur dengan herba.

Orthosiphon aristatus/Java leaves/Misai Kucing
Batu karang berwarna putih, ia adalah kalsium oksalat ambil herba yang betul seperti kapsul Malac atau teh misai kucing (java tea), teh pegaga insyaAllah hancur batu ini sedikit demi sedikit. Daun misai kucing, java tea bagus untuk darah tinggi, kencing berbuih dan batu karang. Apatah lagi jika mengambil ubat periuk yang di dalamnya ada rancang besi, rancang tembaga, akar buluh, akar teming, akar larak, pokok susuh ayam, rebus dan minum. Nanti batu itu akan hancur sedikit demi sedikit dan hilang.

Dalam pembacaan, kita dapati bahawa terdapat pengelasan jenis batu karang yang biasa ditemui, iaitu:
  • Batu kalsium — Jenis paling lazim. Batu kalsium biasanya membabitkan dua bahan, iaitu kalsium dan oksalat.
  • Batu struvite — Berlaku lebih kerap pada wanita berbanding lelaki. Ia biasanya disebabkan jangkitan salur kencing kronik oleh bakteria yang menghasilkan enzim tertentu. Enzim ini meningkatkan kandungan ammonia dalam air kencing sehingga membentuk kristal struvite.
  • Batu asid urik — Batu ini terbentuk daripada asid urik, iaitu hasil sampingan daripada metabolisma protein. Biasanya ia terjadi kerana serangan gout.
  • Batu sistein — Pembentukan batu karang jenis ini jarang berlaku. Ia biasanya berlaku di kalangan individu yang ada masalah genetik yang menyebabkan buah pinggang menghasilkan berlebihan asid amino tertentu.



Dalam pengubatan herba, apa sahaja batu yang tubuh di dalam tubuh badan dirawat dengan herba deuretik baik itu ialah batu karang atau batu hempedu.

Herba yang bertujuan untuk memecahkan batu karang, ia juga adalah ubat untuk saraf. Ini adalah bentuk pengecaman orang terdahulu. Cuma masyarakat terdahulu mereka tidak tahu hubungan herba tersebut dengan sistem tubuh. Yang mereka tahu ialah kemahiran menggunakan herba-herba tersebut untuk merawat penyakit.

Betik adalah herba depuratif. Untuk tujuan perawatan saraf, akar pokok betik digunakan. Sakit pinggang tandanya masalah saraf, kita gunakan akar pokok betik. Ia melawaskan kencing, untuk sakit batu karang dan ia sebagai ubat cacing. Untuk ubat cacing, akar betik direbus sehingga mendidih. Setelah mendidih, tutup api kemudian masukkan bawang putih. Boleh dicampur madu untuk elakkan rasa pahit.

Dulu-dulu, kulit durian dibakar sehingga boleh dijadikan abu. Abu kulit durian yang dicampurkan dengan air adalah ubat untuk pecahkan batu karang dan mengeluarkan pacat yang masuk di dalam perut. Minum airnya.

Pokok buluh mata air (hanya ada di negeri belah utara sahaja) ia melembut dan memecahkan batu karang dalam pundi kencing, pundi hempedu. Herba Malac daripada buluh ini diminum bersama dengan RO plus, insyaAllah pecahlah batu karang itu. Daun pucuk buluh ini direbus untuk masalah asid urik.

Pokok Mempelas
Pokok mempelas hutan, akarnya digunakan untuk pecahkan batu karang. Pokok meniran/dukung anak untuk pecahkan batu karang sama juga tindakannya seperti mempelas hutan.

Pokok philantus/meniran/dukung anak untuk pecahkan batu karang.

Pokok pine menghasilkan bunga nanas batu untuk menghilangkan asma. Rendam dalam air hingga ia menguncup, minum airnya, baik untuk paru-paru, asmatik dan pernafasan. Juga diamalkan untuk
Nanas batu

merawat
kecanduan narkoba/dadah, pecahkan batu karang.Untuk dijadikan ubat, ambil nanas batu saiz yang besar. Difahamkan bahawa bahtera Nabi Nuh a.s dibuat daripada pokok kayu pine. 

Rumput Siti Khadijah/
Rumput Beijing
Tanaman rumput Siti Khadijah berfungsi seperti malac tetapi ia lebih kuat daripad malac. Air rebusan rumput ini apabila diminum oleh orang yang sudah buat kimo, kesan sampingan kimo itu tidak akan berlaku kepadanya. Rumput ini bagus untuk masalah paru-paru, pernafasan, lelah, kanser paru-paru, batu karang.

Orang yang ada batu hempedu kebiasaannya mengalami masalah perut kembung yang begitu menyakitkan? Bagaimana menghilangkan rasa sakit kerana perut kembung kesan daripada batu hempedu? 7 biji epal hijau dibuat juice (jangan campur air) minum sedikit-sedikit hingga hilang rasa sakitnya.

Bagaimana cara memecahkan batu dalam hempedu?

Herba untuk masalah batu hempedu
  • 3 kaspul Malac direbus dengan 3 gelas air hingga jadi 1 gelas. Minum sikit-sikit. Jika tidak direbus, goncangkan dalam air melebihi 50 kali goncangan. Tujuan goncangan adalah untuk memecahkan dinding selulosa sel herba.
  • Minyak Zaitun
  • HGH

Pengubatan HPA mencadangkan penggunaan madu trigona iaitu madu kelulut yang masam. Masam itu bererti ada kandungan asid di dalamnya. Cuka yang terbentuk secara semulajadi di dalam madu itu bersifat anti peradangan. Cara menghancurkan kalsium yang menempel di organ adalah dengan menggunakan cuka asli.

Selain itu tubuh memerlukan HGH. Tanduk rusa dikikis bahagian atasnya, perahkan sedikit jus limau nipis, minum, insyaAllah batu hempedu hancur dengan izin Allah.

Sekarang sukar sekali mendapatkan tanduk rusa yang mati disembelih (halal), maka HPA telah menyediakan HGH alhamdulillah. Hanya dalam bentuk semburan. Sudah ribuan orang mengunakan HGH ini dan terlalu banyak testimoni data fizikal dari pengguna.

===============================================

Semoga anda gembira dengan perkongsian ini. Sebahagian besar catatan tulisan di atas adalah rekod penulis dari himpunan kuliah yang disampaikan oleh guru kami iaitu Tuan Haji Ismail bin Haji Ahmad.

Sekirannya anda ada sebarang soalan berkaitan produk HPA dan rawatan dengannya, anda boleh hubungi saya di link ini www.wasap.my/60135806760

Norashikin Hasan
Herbalis Asean - HPA Internasional





Isnin, 20 Februari 2017

UBAT TITIS MATA

Masalah mata silau, kabur, rabun, panas dan sebagainya. Ramai orang bertanya saya soalan tentang masalah mata yang dialami. Saya tidak berkesempatan untuk menjawab wasap anda semua. Jadi, saya cuba jawab di sini. 

Ramai yang bertanya, benarkah ubat titis mata ini boleh memulihkan semua masalah mata? Jawapan saya ialah, YA. Ia mempertenagakan organ mata dan membantu memulihkan penglihatan jika diamalkan secara istiqomah (konsisten). Teh daripada bunga-bungaan juga dapat membantu menajamkan penglihatan mata. Namun, apa yang menjadikan mata bermasalah juga perlu dikenalpasti dengan kaedah diagnose penyakit. Tahukah anda punca kepada masalah mata? 

Organ yang berhubung rapat dengan mata ialah hati. Kekuatan pembukaan dan penutupan iris mata adalah bergantung kepada tenaga daripada hati. Apabila hati terbeban, mata akan menjadi silau. Mata akan bertambah bermasalah apabila hati menjadi berlemak (fatty liver). Hati berperanan dalam tugas memproses protien dan kolestrol. Apabila ia dibebani dengan tugasan yang 'berlambak-lambak' ia akan menjejaskan penglihatan mata dan juga mengurangkan tahap EQ seseorang. Hubungan antara mata dengan hati juga dapat dilihat daripada penyakit jaundis dan hepatitis. Hepa bermakna hati. Simptom in boleh dilihat pada mata yang kekuningan. 

Untuk masalah mata yang berhubung dengan organ hati, maka organ hati perlu dipulihkan dahulu dengan penawar yang bersifat pahit/kelat dan, atau warna kekuningan. Rawatan tidak hanya tertumpu pada mata sahaja. Daun pegaga misalnya baik untuk hati. Disamping itu menghentikan pengambilan makanan berprotien tinggi juga amat membantu merawat penyakit mata berperingkat-peringkat secara semulajadi.

Selain itu, masalah mata yang tidak nampak kerana kesan daripada penyakit kencing manis disebut sebagai retinopati diabetik. Retinopati diabetic ialah retinopati (kerosakan pada retina) yang disebabkan oleh komplikasi penyakit Diabetes. Berlaku kerosakan salur darah halus pada retina mata disebabkan gula dalam darah yang tinggi 

Retinopati diabetik terjadi akibat dinding salur darah yang lemah, menyebabkan berlaku kebocoran lemak dan penyumbatan kapilari. Ia boleh menyebabkan penglihatan mata merosot dan seterusnya buta. 

Maka dalam pengubatan herba HPA, ada satu ubat mata khas untuk masalah retinopati ini. Ain Drop, Wave dan HGH digunakan.



1. Ain Drop II HPA RM25 10ml. (Expired 2 tahun) 
AIN DROP II adalah herba ramuan yang diambil dari cairan pohon khusus dari pergunungan dingin Pakistan dan herba lainnya (di antaranya madu 4 musim). Adapun penggunaan cairan khusus ini telah digunakan sejak ratusan tahun oleh masyarakat Pakistan. 


Cara Penggunaan Ain Drop II: 
1. Titiskan 1 titis Ain Drop ke mata yang bermasalah pasa waktu pagi hari. Lakukan selama 5 hari berturut-turut. 
2. Setelah itu lakukan hal yang sama di bulan berikutnya. 

Jadi, dalam 1 bulan hanya digunakan selama 5 hari dalam sebulan. Lakukan hal ini hingga berlaku kesembuhan pada anda. 


2. Ain Drop & HE SET. Pakej terbaik untuk rawatan mata. Ain Drop 10ml, Wave 10ml, HGH 30ml RM250 - Best Seller, best testimonial. (Expired 2 tahun) 


Cara penggunaan HE SET: 

1. Wave dititis ke dalam kedua-dua belah mata 5 kali sehari mengikut kebiasaan waktu solat. Titiskan seusai solat. 

2. HGH dispray pada wajah dan bawah lidah atau dlm air mineral/putih (sahaja) kemudian minum. 2 kali sehari pagi dan malam. 

Untuk mengetahui info lanjut tentang HE SET, sila klik pada pautan ini 



Ain Drop yang disinergikan dengan Wave dan HGH insyaAllah boleh juga diikhtiarkan untuk membantu merawat:
  • rabun
  • mata merah
  • selaput mata
  • tekanan (glaucoma)
  • sakit gigi
  • sakit saraf
  • katarak
  • mata kering
  • mata bertahi
  • ketumbit
  • mata gatal gatal
Istiqamah dengan penggunaannya insyaAllah ada kesembuhan. 

➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖ 

Q&A 

1. Bila boleh nampak kesan penyembuhan? 
Bergantung kepada kekerapan penggunaan dan tahap masalah mata yang dihadapi. 

2. Berapa harga sebotol? 
Ain Drop II RM30 
HE SET (Wave & HGH) RM250 3. 

3. Kos pos? 
RM8.00, pembelian dengan jumlah berat 500gm kos pos masih RM8.00. 

4. Adakah kesan sampingan? 
Tiada. Cuma setiap penggunaan ada sedikit rasa pedih, digalakkan untuk titis Wave bagi melegakan rasa pedih mata.

5. Macam mana nak beli? 
Whatsapp ke link ini www.wasap.my/60135806760

6. Ubat Mata ini ada berdaftarkah? 
Ain Drop, WAVE & HGH ialah produk HPA INTERNATIONAL yang berdaftar dengan KKM, Halal Jakim, SIRIM QAS, memiliki taraf pengilangan GMP dan National Pharmaceutical Bureau. 





Whatsapp kami di www.wasap.my/60135806760 untuk pembelian. 

Whatsapp kami di www.wasap.my/60135806760 untuk pembelian. 

Whatsapp kami di www.wasap.my/60135806760 untuk pembelian. 


Anda mampu mengubahnya. 

_________________________________________________________________________ 

Untuk mendapatkan produk kesihatan yang berkualiti tinggi dengan pengiktirafan JAKIM, berdaftar dengan KKM, memiliki taraf pengilangan GMP dan National Pharmaceutical Beuro, wasap saya di www.wasap.my/60135806760

Kami membuat penghantaran melalui perkhidmatan poslaju. 

Untuk mendapatkan khidmat rawatan (bekam, akupuntur, refleksologi, dan urutan) sila dapatkan tarikh temujanji terlebih dahulu. Wasap saya di nombor ini www.wasap.my/60135806760

Semoga anda gembira dengan perkongsian ini. Sekirannya anda ada sebarang soalan berkaitan produk kesihatan, cara rawatan alternatif, anda boleh hubunggi saya di talian 013-5806760. 

Norashikin Hasan 

Herbalis Asean - HPA Internasional 







Rabu, 15 Februari 2017

PENAWAR PELBAGAI JENIS PENYAKIT


Di muka Bumi ini ada ubat semulajadi yang boleh menjadi “Cure” atau “Penawar” untuk setiap penyakit. Semuanya terdapat dalam bentuk seperti herba-herba, sayur-sayuran rempah ratus dan buah-buahan. Selepas doa dan tawakkal, usaha juga amalkan memakan herba-herba, sayur-sayuran (yang tidak beracun), dan buah-buahan (yang asli dan bukan GMO).

Berikut adalah herba-herba yang sesuai sebagai ikhtiar dan “penawar” merawat penyakit:

1) Darah tinggi (High blood pressure): Bawang putih, jus lemon suam, Pisang, tembikai, daun rerama, teh peria, cuka madu, daun kucai, jus epal hijau.

2) Sakit kepala (Migraine): Teh Halia dan lemon, teh pudina.

3) Demam (fever): Jus limau nipis atau lemon, halia, minyak kelapa dara, sup tulang ayam, teh daun betik organik, madu lebah, air rendaman daun bidara atau air rendaman daun durian belanda atau air mandian asam jawa (dibuat mandi untuk turunkan suhu badan), biji selasih.

4) Barah (Cancer): Daun ganja, Halia, bawang putih , daun semambu, daun teh strobilla (daun pecah beling) teh daun rerama, daun kari, cuka madu, chia seed, minyak biji aprikot, durian belanda.

5) Sakit mata (eye problem): Kurma, Lobak merah, air zam-zam dititis kedalam mata, titiskan embun pagi yang terdapat pada daun nenas (untuk penglihatan lebih jelas)

6) Cirit-birit (Diarrhea): Bawang putih, pisang, garam himalaya, air kelapa muda, air zam-zam.

7) Gastrik: Air kelapa muda, Kurma, teh kunyit, susu kambing, madu lebah, gam arab (al manna)

8) Asthma: Pisang, bawang putih, daun rerama, madu lebah, habbatussauda.

9) Alzheimer (nyanyuk), pelupa kronik: Minyak kelapa dara (Virgin Coconut oil), luban.

10) Batuk (Cough): Jus nenas, Bawang putih, madu lebah, habbatussauda, minyak kelapa dara.

11) Gout: jus nenas, daun rerama, cuka madu.

12) Sakit jantung (heart disease): Lobak merah, cuka madu.

13) Sakit perut : Bawang putih, halia, air kelapa muda, air garam himalaya, minyak kelapa dara, gam arab (al manna)

14) Kencing manis (Diabetes): elak gula berlebihan. Detox dengan bawang putih , halia, cuka madu, daun kari, daun semambu, teh daun rerama, teh peria, teh strobila (daun pecah beling). Minum air garam himalaya dapat kurangkan keinginan terhadap makanan dan minuman manis. Chia seed dapat neutralizedkan gula dalam darah.

15) Stress : teh daun pudina, bunga cengkih, buah pelaga, koko, strawberry, teh lemon panas, luban dan lain-lain.

16) Anemia (kurang darah merah) : sayuran hijau, susu kambing, buah delima, madu lebah, madu delima, chia seed, kurma dan lain-lain.

Dalam makanan ada ubat dalam ubat tiada makanan.

Selamat Mencuba tips sihat dari saya Norashikin Bt Hasan !!

Sabtu, 14 Januari 2017

MADU LEBAH : HADIAH DARI TUHAN UNTUK MANUSIA

MADU LEBAH SEBAGAI BAHAN PENGAWET 
Ribuan tahun lalu, manusia menggunakan madu lebah sebagai manisan dalam minuman dan makanan. Orang-orang Mesir dahulu kala mengawet makanan dengan madu kerana makanan mampu bertahan lebih dari sebulan. Ilmu perubatan moden di seluruh dunia telah membuktikan madu melebihi nilai dan manfaat luar biasa.
MADU LEBAH BAIK UNTUK SISTEM PENCERNAAN
Menurut beberapa pandangan herbalis, dengan mengamalkan meminum madu sekali seminggu, maka ia akan terhindar dari penyakit usus yang kronik.
Fakta perubatan cara Nabi saw (tibbun nabawi) pula menemukan bahawa memakan madu ketika perut kosong membantu bagi membersihkan tubuh kita dari lendir dan kahak. Madu menghilangkan zat-zat dan campuran berbahaya dari perut kita. Kesan yang sama turut berlaku untuk buah pinggang dan hati..Bercakap tentang penyakit dalam perut, madu juga boleh menjadi penawar kepada pelbagai jenis penyakit perut.
Diriwayatkan oleh Abu Sa'id al-Khudri r.a: 


"Seorang lelaki datang kepada Nabi Muhammad s.a.w lalu berkata: 'Sesungguhnya saudaraku sakit perut(cirit-birit)'. Rasulullah s.a.w bersabda: 'Berilah dia minuman madu'. Kemudian, dia memberi saudaranya minum madu. Lalu dia datang semula dan berkata: 'Saya telah pun memberi minum dia dengan madu tetapi penyakit bukan berkurangan melainkan bertambah.' Rasulullah s.a.w menyuruhnya agar meneruskan meminum air madu sehingga tiga kali lagi. Kemudian, lelaki itu datang sekali lagi. Rasulullah s.a.w masih menyuruhnya meneruskan meminum air madu tetapi lelaki itu menjawab,'Saya telah memberinya minuman madu tetapi sakitnya masih bertambah.' Lalu Rasullullah s.a.w berkata:'Allah benar dan perut saudaramu itu yang berbohong.' Kemudian Rasulullah s.a.w sendiri memberi minum madu kepada lelaki tersebut dan akhirnya sembuh.

MADU LEBAH PENGHULU SEGALA PENAWAR
Banyak lagi khasiat madu antaranya mengubat sakit mata, meningkatkan stamina, meningkatakan ketahanan tubuh, menghilangkan kahak batuk, melawaskan pembunangan air besar, membersihkan hati dan pengeluaran air kencing, boleh menjadi pencuci muka, mampu membunuh kutu dan telur kutu, menjadikan rambut sihat dan tumbuh lebih cepat dan macam-macam lagi.
Para sahabat menggunakan madu sebagai ubat. Rasulullah SAW menjadikan madu sebagai makanan sebelum sarapan pagi dengan mencampurkannya dengan air. Ini terbukti oleh pakar-pakar pemakanan kesihatan amalan yang sedemikian amat membantu proses penghadaman. Oleh kerana madu ini tidak mempunyai kotoran ataupun racun ia memudahkan fungsi hati dan ginjal. 

MADU MENGGALAKKAN PROSES PERTUMBUHAN TUBUH KANAK-KANAK

Seorang kanak-kanak yang menghadapi masalah pertumbuhan sehingga menghadapi masalah lambat berjalan, mengamalkan 2 sudu kecil madu setiap hari selama 40 hari akan menunjukkan satu perubahan yang ketara pada tubuh badan dan ia mampu untuk berjalan. Bagaimana ia berlaku? Madu mengandungi karbohidrat (gula), air, garam mineral (magnesium, fosforus, sulfur, ferum, kalsium, potassium, iodine, sodium), protein, enzim, vitamin lengkap (A, B, B1, B2, B3, B4, B6, C, D, E, K, H), antioksida.


Kekurangan protein dalam badan akan mengakibatkan terbantutnya pertumbuhan tubuh badan bagi kanak-kanak khasnya, kekurangan enzim/hormon pula akan mengakibatkan tidak balas biokimia berlaku terlalu pelahan untuk pelbagai aktiviti sel. Ia juga mengakibatkan penurunan berat badan secara mendadak serta kulit berkedut serta pembengkakan pada badan khasnya di sekeliling abdomen, otot yang kecil dan rambut yang sedikit. Jika berlebihan pula ia boleh meningkatkan asid urik dalam darah, lalu menghablurkan asid tersebut pada sendi-sendi dan akan menyebabkan gout dan di ginjal akan menyebabkan karang ginjal (jika hati tidak berfungsi dengan baik (rosak) bagi memproses protein yang berlebihan untuk dikumuhkan).


SISTEM KERJA LEBAH YANG LUAR BIASA!


Daripada perut lebah terhasilnya madu. Lebah memperoleh madu dari ratusan jenis bunga-bungaan tempatan yang ada disekeliling kita. Penawar dari tumbuh-tumbuhan ini dibawa oleh lebah dan diproses di sarangnya demi menghasilkan sejenis penawar yang terbaik untuk seluruh ummat manusia.

Firman Allah dalam ayat 68 hingga 69 surah An-Nahl yang bermaksud; 

"Tuhanmu yang menjadikanmu dan yang mengetahui keistimewaan dan susunan tubuhmu, zahir dan batinmu, mewahyukan kepada lebah: buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon dan di tempat-tempat yang di buat oleh manusia, kemudian makanlah dari tiap-tiap macam buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah memudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu, keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya. Di dalamnya terdapat ubat yang boleh menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu, benar-benar terdapat tanda (kebesaran tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan"


TAHUKAH ANDA MADU BERKHASIAT MENGIKUT WARNANYA?
  

Mengapa warna madu berbeza-beza?
Warna dan rasa madu dipengaruhi oleh kandungan mineral dan nektar bunga yang diambil oleh lebah. Oleh itu warna, aroma, rasa dan kandungan gula/ mineral/ vitamin/ enzim di dalam madu berbeza-beza antara satu sama lain. Zat warna yang membentuk warna madu adalah xantrophyl, carotin dan chlorophyl.

Setiap ciptaan Allah tidak pernah yang sia-sia. Maka, setiap madu tidak kira apa sahaja warnanya pasti ada kebaikan untuk kesihatan. Warna madu yang lebih cerah misalnya sesuai digunakan untuk tujuan kecantikan dan seri wajah. Namun ia tidak sedikit pun mengurangkan kualiti madu itu sebagai makanan tambahan untuk kesihatan fizikal.

MENGAPA TERDAPAT PERBEZAAN KELIKATAN PADA MADU?

Biasanya madu lebah hutan lebih cair daripada madu lebah ternak. Madu lebah ternak biasanya diambil tepat pada waktu tuaian iaitu waktu matangnya madu tersebut. Berbeza dengan lebah hutan, pencari madu hutan akan mengambil madu tersebut tanpa perlu menunggu waktu matang. Madu yang belum matang memerlukan air untuk proses fermentasi. Namun, sebagai pengguna madu, tiada masalah untuk kita konsume madu lebah hutan atau madu ternak kerana kedua-duanya ada nilai yang tinggi untuk kesihatan.Allah mengajarkan lebah cara membina sarang. 

Allah memerintahkan lebah supaya memakan hasil Bumi dan dari tubuh lebah itu keluar cairan yang pelbagai warna yang dapat menyembuhkan manusia. Allah s.w.t menciptakan Bumi, lebah, dan madu yang kita minum. 


MADU LEBAH MANA YANG TERBAIK?
Amat digalakkan bagi kita untuk mengamalkan madu tempatan untuk rawatan kesihatan atau memicu kesihatan pada tahap optimum. Berdasarkan konsep wathan, di mana ada penyakit, maka penawarnya juga ada di situ (sekelilingnya). Maka, madu tempatan adalah terbaik untuk orang tempatan.

SINERGI MADU LEBAH ASLI HPA DALAM PENGUBATAN PENYAKIT

Tahukah anda, madu adalah boleh boost 13 kali kekuatan herba? MAdu boleh menjadi bermaca-macam ubat, bergantung kepada herba atau buah-buahan yang dimasukkan. Dengan kombinasi madu dengan sebarang herba makanan dan minuman, ia boleh membantu memperkuatkan fungsi herba itu sendiri. Mengapa perlu sinergi? Tujuan sinergi ialah untuk mempercepat tindakan ubat, menguatkan fungsi ubat serta menyekat lebihan kimia di dalam sesetengah penawar herba. Antara sinergi terbaik madu dan herba ubat adalah sebagaimana beriku:

1. Madu + Cuka adalah enzyme terbaik untuk merawat masalah usus seperti sembelit, kecacingan dan gastrik. Ia juga baik digunakan sebagai bahan untuk colone cleansing.

2. Madu + Habbatussauda adalah ubat penahan sakit, antibiotik, dan anti-histamin, terbaik untuk masalah pernafasan seperti asma, lelah, batuk, resdung, alergi, kahak dan selsema.

3. Madu + Minyak Kelapa Dara adalah immune booster bagi bayi, kanak-kanak dan semua peringkat usia.  

4. Madu + Minyak Zaitun + Omega 3 amat baik untuk perawatan antikanser, anti kolestrol, jantung dan darah tinggi.

5. Madu + Minyak Biji Anggur adalah Vitamin C alami terbaik yang dapat melembapkan kulit wajah, memberikan awet muda, meningkatkan daya ingatan, dan menstabilkan ritma jantung.

6. Madu + Teh Pegaga amat baik dalam merawat penyakit berkaitan organ hati dan buah pinggang.





Untuk mendapatkan madu asli berkualiti tinggi dan diiktiraf, wasap saya di www.wasap.my/60135806760/madulebah



Untuk mendapatkan produk kesihatan yang berkualiti tinggi dengan pengiktirafan JAKIM,  berdaftar dengan KKM,  memiliki taraf pengilangan GMP dan National Pharmaceutical Beuro, wasap saya di www.wasap.my/60135806760

Kami membuat penghantaran melalui perkhidmatan poslaju. 

Untuk mendapatkan khidmat rawatan (bekam, akupuntur, refleksologi, dan urutan) sila dapatkan tarikh temujanji terlebih dahulu. Wasap saya di nombor ini www.wasap.my/60135806760

Semoga anda gembira dengan perkongsian ini. Sekirannya anda ada sebarang soalan berkaitan produk kesihatan, cara rawatan alternatif, anda boleh hubunggi saya di talian 013-5806760.

Norashikin Hasan
Herbalis Asean - HPA Internasional