Khamis, 22 September 2016

ALERGI : APA NAK BUAT NI??!

Sejak bersalin anak kedua, saya ada alahan yang teruk terhadap ayam dan telur. Itupun saya dapat tahu setelah Husna berusia setahun.

Sungguh aneh! Sebelum ini saya belum pernah menghadapi masalah alahan begitu. Lagipun saya tak berapa nak makan ayam dah lebih 10 tahun. 😁 Bila bertandang rumah sedara mara atau makan di restoran, hidangan masakan masyaAllah sedap sungguh! Maka terjadilah kesan-kesan alergi. 😰 Itulah dia, kerana mulut, badan binasa. Kan dah kena!

Antara gejala yang saya alami ialah:
1. muka dan mata sembab (paling tak tahan bila pipi, dagu dan leher gatal-gatal. Aduhai nak garu pun serba salah. Almaklumlah kawasan muka..... ada kesan calar pulak. Habis muka mak!
2. kulit badan gatal-gatal dan berbintat-bintat macam kena gigit nyamuk
3. ada kesan alahan yang keluar ke permukaan kulit lutut yang luka. Ia seperti luka berair dan kegatalannya Tuhan sahaja yang tahu!

Apabila membuat sedikit rujukan, saya fahami bahawa dalam tubuh kita ada mass cell. Mass cell ini akan mengeluarkan histamin. Biasanya jika ke klinik, doktor akan berikan ubat antihistamin daripada vitamin C, kemudian ubat sapu. Cuma krim sapu ini ada steroid. Vitamin C kimia pula tidak memberikan kesan kepada stress release. 

Apa yang saya buat untuk tangani kegatalan pada kulit lutut ini? 
  • Saya mengamalkan telan minyak kelapa dara setiap hari
  • Ketika gatal menyerang di kawasan luka berair itu, saya sapukan garam bukit di situ. Pedih sementara, tetapi kelegaanya sungguh superb! Saya tak perlu garu kerana kepedihan garam itu sungguh melegakan. Bayangkanlah betapa gatalnya kawasan sekeliling luka pada lutut saya itu sehingga kepedihan garam lebih syok saya rasakan. 😅
  • Adakalanya saya tukar-tukar remedi untuk sapu pada luka. Saya letakkan paste bawang putih yang ditumbuk kemudian plaster pada waktu malam ketika tidur.
  • Esok pula saya cuba paste lengkuas yang ditumbuk halus kemudian plaster pada waktu malam nak tidur.
  • Esoknya pula saya cuba paste serbuk kunyit campur garam pada luka.
  • Bila muka saya naik sembab dan gatal, saya sapu minyak kelapa dara. Kelegaan dia serta merta. Nyenyak sikit tidur.
  • Untuk detoks, saya minum air limau nipis campur madu dan garam bukit 2 hari sekali.
Waktu ini saya masih belum dapat mencari serbuk tanah liat putih. Ketika ini saya tidak aktif dalam perjuangan HPA lagi meskipun sudah lama menjadi ahli HPA. Sebenarnya serbuk tanah liat boleh digunakan sebagai bahan sapu pada kulit gatal, air serbuk tanah liat juga boleh di minum. Kapsul antirac juga sangat cepat bertindak. 1 kapsul diambil pada malam hari sahaja. 

Ok, sambung cerita... 
Saya berjumpa dengan doktor, benarlah ia adalah alergi. 

Nasihat doktor, perhatikan makanan yang diambil. Jika selepas makan makanan itu timbul rasa gatal, maka memang sah itulah makanan yang menjadikan alergi pada saya! So, saya perasan bila waktu pagi sarapan telur goreng, beberapa minit kemudian muka saya naik sembab dan gatal. Saya berasa sungguh pelik ibni aneh! Maka doktor memberi saya ubat sapu dan pil untuk ditelan.

Pulang ke rumah, saya buat sedikit revision untuk atasi alergi saya. Maka saya amal minum cuka madu yang dilarutkan dalam air suam bersama sedikit garam bukit. Saya usaha untuk nyahtoksin dari dalam tubuh. Dan..... masyaAllah, ia sungguh berkesan. Tiga hari sahaja mengamalkan cuka plus madu dan garam bukit. Kesan alergi hilang. Tiada gatal-gatal, luka di lutut juga kering. Alhamdulillah. Sebenarnya luka sudah kering sehari sebelum saya jumpa doktor. Mungkin kerana bahan alami yang saya tepek setiap malam sebelum tidur membantu mengeringkan luka itu.

Wallahualam.

Edited 13 September 2021
Di bawah ini saya sertakan maklumat serta cara menangani alergi yang dikongsikan oleh Tuan Haji Ismail bin Ahmad, pakar herba Asia, Owner & Founder HPA Internasional.





Peringatan penting : Apabila berlaku alergi, samada alergi pada kulit sperti eczema, resdung atau alergi habuk dan makanan, hendaklah mengelakkan sebarang makanan yang trigger alergi tersebut. Biasanya telur ayam, ayam dan seafood. Begitu juga sos, kicap, budu, belacan, cencalok dan telur masin.

Pantangan ini hendaklah diamalkan sehingga pulih sewaktu pengambilan herba. Kemudian setelah pulih boleh mengambilnya seperti biasa.