Khamis, 22 Disember 2016

ANTARA SOALAN CEPU EMAS PENGGUNA


Antara soalan-soalan lazim pengguna atau pesakit:
1. Berapa lama boleh sembuh bila ambil ubat ni?
2. Berkesan tak ubat ni?
3. Kena pakai selalu atau bila perlu sahaja?
4. Dan lain-lain....

Apabila kita ambil sebarang penawar, kita istiqomah dgn penawar tersebut insyaAllah kita menuju kesembuhan. Dengan syarat kita wajib yakin pada Zat yg menyembuhkan. Penawar dan semua jenis ubatan di muka bumi baik yang semulajadi atau buatan manusia hanyalah asbab kesembuhan sahaja. Yang menyembuhkan ialah Tuhan.

Adapun kelebihan herba-herba, rempah-ratus, madu lebah dan sebagainya ialah ia lansung daripada Tuhan yang menciptakan. Segala kesempurnaan itu datang daripada ciptaan Tuhan yang Esa. Pesakit berhak membuat pilihan selagi tidak melanggar batas syariat. Contohnya penggunaan madu lebah, daun bidara, air zam-zam, kurma, cuka, delima.. Kesemuanya ada jaminan samada dari Al Quran ataupun hadis.  Manakala khasiat herba-herba tempatan serta rempah ratus dapat dibuktikan melalui kajian saintifik.

Suka saya sebut-sebutkan, bila dikatakan penawar, ia perlukan masa dan keistiqomahan. Perlu ambil penawar sehingga penyakit yg dialami semakin baik atau pulih. Tidak dapat ditentukan had masa kesembuhan kerana setiap individu berbeza cara tubuhnya bertindak balas terhadap sesuatu penawar. Jadi, sangat penting bagi kita untuk berdoa, istiqamah, yakin dan tawakkal.

Kalau ambil ubat dari hospital, doktor akan sarankan supaya habiskan ubat, bila perlu lagi, datang dan ambil lagi ubat, makan ubat sehingga sembuh daripada penyakit yang dialami. InsyaAllah.

Begitu... wallahua'lam. ☺

Selasa, 1 November 2016

DOA- DOA MERAWAT PELBAGAI PENYAKIT


TIAP TIAP PENYAKIT ADA UBATNYA KECUALI MATI...

*Demam Panas*
1. Surah al-Fatihah
2. Ayat Pemecah Kebuntuan {al-Hasyr : 21-24}
3. Doa {Bismillahil Kabir ...}
4. Doa Penyejuk

*Selesema*
1. Surah al-Fatihah
2. Selawat Syifa'
3. Doa Penghilang Sakit {Baca 7X}
4. Doa Penyejuk

*Penyakit Kulit*
1. Surah al-Fatihah
2. Selawat Syifa'
3. Selawat Tafrijiyyah
4. Doa Penghilang Sakit {Baca 7X}

*Sakit Kepala*
1. Surah al-Fatihah
2. Selawat Syifa'
3. Doa Sakit Kepala {al-Waqi'ah : 19}
4. Doa {Bismillahil Kabir ...}

*Sakit Sendi*
1. Surah al-Fatihah
2. Selawat Syifa'
3. Ayat Pemecah Kebuntuan {al-Hasyr : 21-24}

*Sakit Mata*
1. Surah al-Fatihah
2. Selawat Syifa'
3. Selawat Tafrijiyyah
4. Doa Penyakit Mata
a. Doa Kesembuhan Penyakit
b. Surah Qaf : 22
c. Surah al-Qalam : 5

*Buta Seluang*
1. Surah al-Fatihah
2. Selawat Syifa'
3. Doa Buta seluang

*Sakit Mata Sebab Sihir*
1. Surah al-Fatihah
2. Selawat Syifa'
3. Ayat Menentang & Melawan Sihir
a. Surah Yunus : 81-82
b. Surah al-'Araaf : 118-122
c. Surah Taa Haa : 69
d. Surah al-Nissaa' : 84
e. Surah Yusuf : 64
4. Doa Menghindar Syaitan
5. Doa Penyakit Mata

*Tahi Mata Berlebihan*
1. Surah al-Fatihah
2. Doa Tahi Mata Berlebihan

*Mata Dimasuki benda*
1. Surah al-Fatihah
2. Selawat Syifa'
3. Doa Penyakit Mata

*Sakit Perut*
1. Surah al-Fatihah
2. Selawat Syifa'
3. Doa Penghilang Sakit {Baca 7 Kali}
4. Doa Sakit Perut

*Batuk*
1. Surah al-fatihah
2. Selawat Syifa'
3. Doa Penghilang Sakit {Baca 7X}

*Bisa*
1. Surah al-Fatihah
2. Bismillah Tujuh
3. Bismillah Lima

*Sesak Nafas*
1. Surah al-Fatihah
2. Ayat Kursi
3. al-Mu'awwizat (Surah al-Ikhlas, Surah al-Falaq & Surah al-Nas}
4. Surah al-Insyirah
5. Doa Melegakan Sesak Nafas
a. Surah al-An'am : 125
b. Surah al-Zumar : 22

*Dada Berdebar-Debar*
1. Surah al-Fatihah
2. Ayat Kursi
3. al-Mu'awwizat
4. Doa Melegakan Debaran Dada
a. Surah al-Ra'd : 28
b. Surah al-An'am : 13
c. Surah al-Syura : 33
d. Surah al-Furqan : 45

*Sakit Gigi Biasa*
1. Surah al-Fatihah
2. Selawat Syifa'
3. Doa Penghilang Sakit {Baca 7X}
4. Doa Sakit Gigi

*Sakit Gigi Bernanah, Gusi Bengkak & Barah Gigi*
1. Surah al-Fatihah
2. Ayat Pemecah Kebuntuan {al-Hasyr : 21-24}
3. Doa Pengecil
4. al-Mu'awwizat

*Kencing Malam*
1. Surah al-Fatihah
2. Ayat Pemecah {Surah al-Mukminun : 115-118}
3. Ayat Penahan {Surah Hud : 44}

*Cirit-Birit*
1. Surah al-Fatihah
2. Selawat Syifa'
3. Selawat Tafrijiyyah
4. Doa Penghalang sakit {Baca 7X}
5. Doa Sakit Perut

(Sumber rujukan darussyifa malaysia)

#doaketikasakit #syifa'

Selasa, 11 Oktober 2016

UMUR 20 BARU NAK BELAJAR?? ADUHAI RUGI..RUGI...


Penawar dan makanan sunnah yang sering ada di rumah
Saya mula-mula faham tentang kebaikkan makan madu ialah pada usia 20 tahun! Setelah itu saya nak cari tahu tentang manfaat madu...sekali terjumpa khazanah ilmu tentang makanan sunnah lain pulak. MaasyaAllah ajaib sungguh!

Alangkah ruginya rasa. Umur 20-an baru nak tahu semua tu. Kalau tahu awal dah lama saya awet muda trang tang tang ☺ dan sudah ada sebuah buku catatan khas tentang khazanah herba alam ini.. 

Sekarang sebagai menuntut bela, saya amalkan gaya pemakanan yang nabi saw ajarkan. Saya belajar cara rawat diri kaedah tibbun nabawi dan kaedah semulajadi untuk anak-anak saya dari mereka baby lagi. 

Si Ammar selalu alert bila nak beli barang makanan. Ditanya nya halal atau tidak makanan tu..dia tak percaya dia nak tengok logo halal pulak... sama macam masuk restoran juga. Jenuh nak jawab soalan En.Polis bernama Ammar bila masuk restoran... fiuhhh!

Bila si Ammar sakit demam, katanya tak payah pergi hospital lah macam-macam. Sebenarnya takut tengok jarum... ☺... Katanya, "Allah bagi Ammar madu, habbatus sauda, minyak kelapa, gula-gula (softgel) minyak zaitun, minyak gamat, air asam jawa dengan air zam-zam. Bila demam boleh makan semua tu. Nanti sihat lah".

Kini, Ammar sudah 6 tahun, belum pernah tidur di wad lagi. Semoga Ammar dijauhkan daripada penyakit berbahaya. Amin. Saya dulu umur 6 ke 7 tahun asyik kena masuk wad aje. Bandingkan tahap ketahanan tubuh saya dengan ketahan tubuh Ammar pada usia yang sama.. nampak tak? 


Buku-buku ni belum habis ditelaah lagi. Meskipun begitu, satu buku sahaja sudah membuatkan saya rasa kerdil diri. Rasa terlalu jahil. Pun begitu, buku-buku ini sungguh bernilai dan agung isinya. 

Kalau orang kata Harry Potter dan kawan2nya hebat kerana ada buku Magic Book yang didapatkan dari Hogward School, kita juga miliki Magic Book yang diajar direct oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad saw dan Al Quran serta para ulama dan saintis Islam lainnya.

Antara mahu dengan tak mahu sahaja. Bila ada rasa mahu tahu, kita akan tahu pelbagai 'magic words' untuk lalui kehidupan seharian (doa tanam pokok, doa masuk tandas, doa tengok alam, doa sambut kelahiran, doa nak memancing dan macam2 lagi). Kita juga akan tahu cara buat 'magic potion' untuk pelbagai penyakit dan gangguan halus. Hebat kan!

Jom kita hidupkan kempen 1 rumah 1 perawat!

Rabu, 17 Ogos 2016

AIR KELAPA MUDA : MINUMAN ISOTONIK NOMBOR 1 DI DUNIA!


Air Isotonik Terhebat di Dunia!!!
Ajaib sungguh!!
Air kelapa dan isi kelapa muda memang bagus sangat untuk anak-anak.

Antara khasiat air dan isi kelapa ialah:

+ boleh elak kecacingan pada kanak-kanak, ia berfungsi sebagai ubat cacing juga.
+ kaki selalu cramp? Minum air kelapa boleh mengatasi masalah cramp 😊
+ untuk mengatasi anemia bagi ibu-ibu hamil, minum santan kelapa
+ nak tambah susu badan, minum santan kelapa. Dalam santan ada asid laurik sama macam dalam susu ibu juga. 😊😊

Pohon kelapa adalah tumbuhan ajaib!!

Foto: Si kecil Husna minum air kelapa sambil si abang pegangkan jug air kelapa. Ammar tolong suap isi kelapa juga untuk si adik.

Isnin, 6 Jun 2016

RESEPI IBU MENYUSU KETIKA PUASA


Minuman yang baik untuk ibu menyusu di bulan Ramadhan. Minuman ini insyaAllah mengelakkan atau mengurangkan keletihan disebabkan menyusukan anak. Susu kambing dicampur dengan halia dan isi kurma. Rendam beberapa minit sementara menyediakan juadah bersahur. Diminum pada waktu sahur.

Minuman ini boleh juga diamalkan oleh individu yang sering keletihan baik lelaki mahupun wanita. Dulu sewaktu kursus ternakan ruminan, saya diberitahu seorang pensyarah bahawa, para petani di Indonesia pasti akan menjadikan minuman seperti ini sebagai minuman di waktu sarapan untuk memberi tenaga dan lambat rasa letih.
1. Susu kambing suam + halia + madu
2. Susu kambing suam + telur mentah + madu
(Minuman ini juga biasa diminum oleh kaum suami di sana sebagai penguat tenaga dalaman)

Untuk resepi ibu menyusu ini, saya makan isi kurma yang telah direndam ini. Anda dapat rasa susu perisa halia dan manis kurma itu ketika minum. ^_^

Dalam makanan ada ubat, dalam ubat tiada makanan. Care to share. 

#makanansunnah #ramadhan #norishliamm #susuibu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...