Isnin, 17 November 2014

Cadangan Persediaan Makanan Untuk Bayi Berumur 6 bulan : Pro dan Kontra

Saya banyak terbaca dan membuat rujukan tentang panduan pemakanan untuk bayi di bawah 6 bulan daripada internet, buku dan juga perkongsian daripada rakan-rakan fb baik yang dikenali mahupun tidak dikenali di alam maya ini. :) 



Hampir kesemua maklumat yang saya perolehi mempunyai saranan dan panduan pemakanan yang tidak jauh bezanya. Namun saya sangat kagum para ibu serta pakar diet dan pemakanan yang bertungkus lumus untuk memberikan input tambahan, perkongsian, pengalaman, dan tips-tips yang berguna kepada para ibu di luar sana. Usaha ini harus diberikan pujian dan galakkan kerana tidak semua individu yang tahu maklumat pemakanan untuk bayi.

Biasanya para ibu dan bakal ibu akan lebih banyak membuat rujukan tentang pemakanan bayi mereka demi kesihatan yang dan kecergasan bayi masing-masing. Bayi yang ceria memberi maklumat kepada kita bahawa tubuh badan mereka sihat dan cerdas. Sebaliknya, bayi yang kurang ceria menandakan bahawa mereka mengalami gangguan kesihatan (mungkin selsema, demam, hilang selera makan dan sebagainya).

Antara cadangan panduan pemakanan bayi yang sering saya temui daripada internet ialah memberikan puree buah-buahan seperti betik, epal merah, pisang, dan buah pear yang direbus kemudian dikisar. Sebaiknya puree yang segar (bukan fast food bayi). Epal hijau tidak digalakkan kerana tahap kemasamannya tidak sesuai untuk perut bayi. Untuk mengetahui bagaimana tahap kepekatan puree yang seharusnya diberikan kepada bayi ialah pastikan teksturnya tidak terlalu pekat. Caranya, ambil sudu dan ceduk puree. Jika puree mengalir jatuh, itulah tahap kepekatan yang sepatutnya dan bersesuaian untuk bayi. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...